Friday, January 14, 2011

PAK CHAQ..HASSAN BIN MAT

Bila babah dihantar berkursus selama 3 hari n tak di benarkan balik..mama buat program melawat salasilah mama yang semakin jauh dek kerna kesibukan n kekangan hidup berkeluarga...



Dulu , zaman mama kecil di sinilah lokasi percutian mama bila cuti sekolah bermula..dan mama akan mengalami saat-saat indah bersama sepupu-sepupu mama mengutip kepah di beting pasir saat air laut surut...tu belum lagi mengenangkan seronoknya main dan mandi air laut depan rumah Tok Chaq yang kini semakin menginjak umur mereka...



Kini Tok Chaq cuma tinggal berdua..semua sepupu mama juga sibuk dengan urusan hidup masing-masing..Mama kenang Pak Chaq mama kerana dia lelaki yang penuh kasih sayang dan kelembutan..marahnya tak pernah kelihatan..membesarkan anak-anak tanpa kekerasan..dan yang paling mengujakan dia tak pernah lokek bantuan...ketika mama susah nak memulakan hidup dengan babah, Pak Chaq mama sentiasa menemani...




Hari tu bila mama n kakak ,abang, adik n baby berkunjung lepas sekolah pon ..Tok Chaq berdua cuma di temani kucing peliharaan mereka di dalam dan di luar rumah..Rumah mereka yang sangat utuh walaupon dilanda tsunami yang menghapuskan hampir separuh kampung tersebut pada tahun 2004...dan Mak Chanq dengan penuh kasih menanti dengan juadah makan tengah hari berlaukkan ikan yang baru di bawa balik dari laut oleh sepupu mama yang kini mengikut jejak Tok Chaq sebagai nelayan..



Mama cukup terkesima, agaknya ..nanti kalau ALLAH lanjutkan usia mama n babah, mungkin mama juga akan mengalami situasi begini...kala mengenangkan hal itu mama semakin kebal dengan sifat kedekut...kedekut untuk biarkan anak2 mama berjauhan dari mama..biarlah semasa kalian masih bersekolah ni...anak-anak mama cuma bersekolah di sisi mama...




Kalau anak-anak mama berjaya dengan 20A pon biarlah anak-anak mama cuma di sini...kelak bila anak-anak mama dah berkeluarga, mama dah tak mampu nak mengatur hidup kalian...saat itu mama mungkin cuma mampu mengharap agar masa lalu bisa di putar kembali ..walaupun realitinya adalah sifar...




HASLINACHEHAT MENULIS