Thursday, October 22, 2009

TUAH CIKGU NORLIZA

HASLINACHEHAT MENULIS- Orang tua ada berkata, tuah ayam nampak di kaki ,tuah manusia ,siapa tahu... rupanya semua perumpamaan yang kita pernah dengar dan belajar itu semuanya benar..terbukti .




Kalau pun ada pepatah ,orang tua lebih dulu makan garam pun memang tepatlah...
I ada seorang kawan di Kajang, namanya Norliza Ramli n suaminya Abg Malik..I panggil dia k.liza . K.Liza ni orang perak n abang Malik orang Kedah... Mula ceritanya semasa I ngajar di sek. Jalan bukit 1, I dah ngajar Firdaus ,anak dia masa thn 5.. dengan makbapanya belum la kenal..lebih kurang 5 tahun lepas tu, I pindah ke Sri Jelok.


Disini I kenal cikgu Liza, kami sama-sama pindah masuk ke sekolah tu... anaknya si Firdaus nampak senarai nama guru sekolah dan ingat nama penuh I. So esoknya bermulalah riwayat-riwayat manis berkawan dengan cikgu liza ni... Orangnya sangat penyayang dengan anak-anak... susah la I nak tiru style dia, tapi I kagum cara dia layan anak-anak...

Anak dia masa I kenal cuma 3 orang, masa dah last-last baru tambah yang bongsu... dia kata buah hujung...hehehe

Anak nya yang ke 3 ( nama FATIN NUR ATIKA) tu terlebih cantik,( yang lain pun cantik n handsome )sejak dari sekolah rendah lagi aktif bab-bab hiburan ni.. masuk gimrama n tarian segala... Sampai bila masuk sekolah menengah, jadi model iklan tv n majalah.. sampaikan jadi pelakon drama tv, sempatla I n famili tonton drama "kad cinta " d tv 1.. Ada drama dia dalam ASTRO, tapi haslina che hat tak berkenan dengan konsep membayar untuk menonton tv, so takleh la tengok drama dia di ASTRO..

Sebenarnya I nak cerita yang Fatin ni akan ambil SPM pada tahun 2009 ni tapi belum pun sempat ambil periksa, mak dan ayahnya dah terima pinangan... hehe, jadi lepas ni dia akan ambil periksa sebagai isteri orang dan kalau lepas ni remaja yang lain tunggu keputusan SPM, I harap kak Liza akan tunggu Cucu... bertuah la kak liza, dapat besan orang berharta dan nanti dapat menantu masa masih muda...Esok -esok bila dapat cucu pun dia masih vogue lagi..

Saja I tulis cerita dia disini untuk jadi kenangan d hari tua nanti..

Friday, October 16, 2009

AIEMAN DEMAM

AIEMAN NUR HAKIM yang makin handsome ni dah mula pandai nak habiskan duit mama n babah. Dia dah mula demand macam-macam...Sekarang ni dia diserang demam BEN 10.... Tahu ke anda apa itu Ben 10??


Ini adalah barangan BEN 10 yang ke berapa tah dia mula himpun ... yang sebelum ni I tak tangkap gambar pasal masa tu demam dia masih suam-suam kuku... sekarang ni makin parah... H1N1 pun tak separah ni..


Ini alat untuk BEN 10 bertukar jadi alien katanya...


Ini pula jam yang dia nampak masa ronda-ronda di hari pembukaan TESCO Mutiara di Sungai Petani.... Apalagi , setiap hari mesti pakai ke sekolah... kalau terlupa pakai ... maunya disuruh patah balik n ambik.... nanti tak macho la gamaknya kalau kawan-kawan tengok... Mungkin itu modal dia untuk ngorat awek!!! hehehe.( dia suruh I padam ayat ni)




Tengoklah t-shirt pun ada gambar BEN 10... Lepas ni dia nak cari baju BEN 10 ALIEN FORCE pula katanya..Dia harap bila Umi n famili di Kajang nampak blog ni, hilanglah rindu Umi... juga salam rindu buat E-ah kalau terbaca blog mama ni...



Friday, October 2, 2009

BLACKNOSE: JANTAN MACHO YANG MANJA

JENG..JENG..JENG.. MARILAH BERKENALAN DENGAN BLACKNOSE.. INI GAMBAR MASA IA MASIH BAYI LAGI... BERANAK DALAM KOTAK AJA.. NASIB BAIK TAK PERLU ADA SURAT BERANAK, KALAU TAK MESTI IA SEDIHKAN...tapi kira masih ok lah pasal walaupun lahir dalam kotak, kami sekeluarga pelihara .. anak orang pun ada yang dibuang gitu-gitu aja...sampai hati kan???/

sejak kecik lagi semua anak-anak i asyik peluk cium dan usung ke hulu dan hilir... nasib baik tak mati lemas... asyik terpenyek aja...



ini lah bapa diorang yang memang terbukti kalau dibuat ujian DNA sekalipun... Cerita kucing famili i ni panjang dan menarik... Kalau sabar nak tahu.. bacalah..
Semuanya bermula apabila kami berpindah dari Kajang pada tahun 2007... Sejak sebelum pindah lagi anak-anak haslina che hat asyik minta nak bela kucing.. jadi I n babahnya janji kalau pindah Kedah, boleh bela sebab di Kajang tinggal di Apartment susah kucing nak membuang!!! Selepas balik, kami tangguh lagi dengan alasan nak pergi bercuti susah nak tinggal, nanti kucing mati tak makan.. Yelah kami kalau bercuti macam tak reti nak balik rumah...hehe.. jenis lupa diri bila berjalan!!
Nak dijadikan cerita kami suami isteri berjanji, siap sumpah dengan anak-anak, kalau balik bercuti yang terakhir di Langkawi ,kita bela kucing.... Dan memang Allah punya kuasa malam kami sampai balik dari Langkawi, belum pun sempat angkat barang keluar dari kereta, ada sekor anak kucing hitam yang asyik mengiau depan garaj.... Dah tu bila kami buka pintu, terus dia masuk n duduk menjilat bulunya dengan aksi yang cukup manja...
Puas I suruh keluar, tak mahu nya!!!! I buka pintu belakang , kot-kot dia tak cam rumah asal dia dari kawasan depan.. Sampai last dia tak nak keluar.. Dan besoknya bila haslina Chehat kasi makan ikan, tak dijamahnya... Hampir 3 hari asyik mengiau aja.. tapi ikan tak mahu disentuh.. Roslan Abdullah pun pergi lah cari wisker di Tesco.. anak kucing tu makan dengan pelahapnya... OOO KUCING BAKA PERABIS DUIT RUPANYA... PATUTLAH BULU KEMBANG CANTIK MACAM KUCING PARSI...Sejak tu kami pun bela dan namakan dia MAU'




Inilah gambar MAU semasa dia dah jadi teruna... Mulalah dia menjadi kucing jantan paling termacho di kawasan rumah I.. Semua kucing betina yang melihat terus tertawan , termasuklah kucing yang dikutip oleh jiran i yang datang menyewa tak sampai pun 6 bulan... dan selepas dia pindah, keluarga tu tinggal aja kucing betina tu tanpa belas kasihan , sampai hatikan... Tragis betul...
maka kucing betina itupun dibuntingkan oleh Mau kami yang hansome ni.. Kucing betina tu ,punyalah tak cantiknya, dengan bulu pun jarang aja.. Kira tak sekufulah kalau ikut firasat kami sekeluarga...Tapi jodoh kan ditangan Allah...



Black nose lahir 3 beradik dan masa tu haslina chehat sedang mengandungkan Baby Aierina.. so i dah cakap dengan anak-anak, kucing tu perlu dibuang , takut baby nanti sakit, pasal badan diorang banyak kutu yang dapat dari mak diorang yang tak sekufu dengan Mau tu... Malangnya tak lama selepas lahir, mak diorang mati kena langgar didepan rumah I... So Roslan Abdullah yang lembut hati tu rupanya dah janji dengan mak diorang masa dia sedang tanam mak kucing untuk jaga anak-anak dia sampai boleh bela diri sendiri.... I pun hanya tahu bila I asyik suruh dia buang di pasar n dia tak nak buang!!!
Hairan juga I sebab dia sayang anak atau kucing lebih.. dan masa I dah dekat nak bersalin I paksa juga dia n semua anak-anak pergi buang di pasar... Tahu apa terjadi????? Setiap hari selama seminggu depa pakat dok p tengok sebab kucing-kucing tu terus lari naik pokok bila dibuang dikawasan pasar tu...Korang tahu apa depa buat, hari-hari hantar nasi pada kucing tu sebab selepas seminggu hanya blacknose yang tak turun-turun dari pokok .. sebenarnya blacknose ni yang paling manja dengan Roslan, asyik temankan Roslan pergi surau terutamanya waktu subuh... Dan dia yang akan sambut Roslan balik dari kerja... itu yang tersentuh benar hati Roslan tu...




Last-last I suruh la dia n anak-anak pergi ambik selepas dua minggu blacknose di atas pokok dan yang membuatkan I takut sebab Haslina Che Hat TAK BOLEH BERANAK SAMPAI lah Blacknose balik kerumah... mungkin juga kebetulan , tapi i takut lah I mungkin dah aniayakan haiwan yang setiap hari mendoakan kami sekeluarga.. Namun cuma blacknose aja yang diambil balik sebab yang dua lagi dah hilang... tah kemana ghaibnya... kata peniaga disitu, ramai pendatang kemboja yang suka datang tangkap untuk di makan.... heeeee... miskin sampai macam tu!!





IInilah blacknose . namanya sempena hidungnya yang hitam berbanding 2 lagi saudaranya... sampai sekarang inilah buah hati Roslan.. Anak-anak pula dah tak nak main sebab dia dah tak comel.. kata mereka.
Sampai sekarang dialah yang setia menemani Roslan hingga ke surau... dan menunggu dengan setia jika kami keluar dari rumah..



















HASLINACHEHAT MENULIS

Thursday, October 1, 2009

SYAWAL 2009

SELESAI SOLAT, SEBELUM PULANG KE KAMPUNG , ANAK-ANAK MENGAMBIL PELUANG MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARI BABAH N MAMA ( GAMBAR I KENA SENSOR ) SERONOK TENGOK ANAK-ANAK GEMBIRA TERIMA DUIT RAYA BESAR WALAUPUN HARI-HARI DOK TERIMA DUIT DARI KITA.



Kekawan dari institut Perguruan Sultan Abdul Halim sempat menjengah kerumah selepas kuliah.. Konsep 1 Malaysia berjaya I tonjolkan pada kaum lain yang tak pernah merasa beraya di rumah orang Melayu.. Baru dia tahu ramai orang Melayu yang baik macam I ni..hehehe


Keluarga Cikgu Jamnah dari Kajang,Selangor. Sempat juga singgah di rumah I walaupun dapat bercuti sekejap aja...Macam ni barulah boleh di panggil kawan. WALAUPUN JAUH DIMATA TAPI DEKAT DI HATI. Juga famili cikgu Norliza n Abg Malik yang sudi singgah setiap kali melawat ke Kedah...


Famili adik-adik ipar I yang tiba pada hari raya ke 3 kerana beraya di rumah keluarga mertua masing-masing dulu... ni baru 2 famili, dah separuh rumah... kalau semua famili datang serentak, mau kena duduk depan pintu separuh... YA ALLAH , MURAHKANLAH REZEKI KAMI AGAR DAPAT MEMILIKI BANGLO BESAR 2 TINGKAT.. AMIN..



POSING UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI 2009 .. SEMOGA TAHUN DEPAN DIPANJANGKAN UMUR UNTUK MENJALANI IBADAH PUASA PADA TAHUN DEPAN DAN MAMPU MENYAMBUT SYAWAL LAGI.. MOHON AMPUN DAN MAAF PADA SEMUA YANG MEMBACA SEMOGA TIADA HATI YANG TERLUKA SAMAADA SECARA SENGAJA ATAUPUN TIDAK...



HASLINACHEHAT MENULIS