Saturday, January 30, 2010

AIEMAN DAH 8 TAHUN






HASLINACHEHAT MENULIS- Sabtu 30hb Januari 2010 , Setelah sekian lama merajuk hati pada sistem yang tak membenarkan i upload gambar, I menulis semula dengan doa semoga kali ini tiada lagi halangan yang melintang dan I akan dapat uploadkan gambar tanpa sebarang masalah lagi... Kalau dalam artikel ini nanti ada gambar, bermakna segalanya kembali lancar.. dan kalau tiada gambar ... bererti masih lagi terjadi perkara yang I tak dapat nak atasi...



Semalam kami sekeluarga sambut hari ulang tahun kelahiran Aieman yang ditangguhkan sejak 27 hb 1 tempoh hari.. Minggu kerja terlalu padat dengan kerja sehinggakan 24 jam sehari seolah-olah tidak memadai untuk selesaikan segala urusan... Makanya cuti hujung minggu lah yang digunakan untuk acara-acara keluarga...




Apapun kami cuma sambut secara ala kadar, sambutan pun semata-mata kerana nak menjaga hati anak-anak.. tak ada pun jamuan cuma beli dan potong sebiji kek ... Itupun tak memenuhi citarasa anak jantan sorang I... Suruh kedai kek buat gambar BEN 10 atas kek tapi tukang masak tu tak pandai nak lukis.... Jadi dapatlah kek spongebob yang ditulis BEN 10... belasah ajalah nak...






Dah pukul 6 petang lebih baru buat jamuan ... Jangan tak tahu, Parti Harijadi ala Taman gitu.... Bukan semua orang mampu buat, kami aja...hehe ...Dengan hanya sebiji kek berharga RM45, Parti Harijadi Aieman berlansung dengan pantas dan santai...ingat nak buat kami sekeluarga aja.. tapi bila dah petang , ramai la anak jiran pun ada diluar... jadi ajak join sekali... ramai la juga jadinya..



.

No comments:

Post a Comment