Hidup pastinya bermula dengan seribu kemanisan ..Apalagi ketika berusia muda..segalanya mudah dan gembira...kalau ada pun cerita duka pasti kerana kehendak tak terpenuh...yang isunya cuma berkaitan susu,makanan dan mainan..
Soal adakah belanja?... cukupkah belanja?...bagaimana mahu mengawal belanja agar sentiasa cukup untuk esok?..tak pernah berlegar dalam kotak fikiran kita waktu itu...
Mama dan Pak Ngah ketika kecil ..pastinya rakan paling akrab ketika itu...dunia kami penuh dengan gurau senda dan sering pula kata Tok Siah diakhiri dengan perebutan dan tangisan..
Mama paling bertuah punya nenek yang kehulu hilir akan mengusung mama..paling best bila ke Pasar Besar membeli barang mentah untuk jualan dikedai...Tok Liah akan menaiki beca ke sana, kerana itulah kenderaan yang mampu kami bayar pada masa itu..lagipun bilangan kereta boleh dibilang dengan jari...
hidup ketika itu rasa mama amat perlahan..sama seperti perlahannya kayuhan si tukang beca apabila hendak pulang..ketika itu beca akan sarat dengan bahan-bahan basah dari pasar..
Paling mama tak boleh lupa adalah tugas mama untuk mengopek kerang yang telah Tok Liah rebus...sampai tersagat hujung kuku apabila selesai mengopek seperiuk besar kerang untuk dimasak oleh Tok Liah yang kemudianya akan di jual di kedai makan kami di SIMPANG JALAN TANJONG BENDAHARA...Kini semua itu cuma kenangan yang tak bisa di ulang...
Tok Tam yang sejak mama kecil amat suka menghabiskan masa dengan anak-anak...walaupun hidupnya sentiasa dikelilingi kanak-kanak..dia sendiri tak punya...
Teratak Tok Liah di JALAN DATO KUMBAR...kini tempat yang sama tapi rupanya berbeda...Tok Siah dan Tok Su juga kini berubah seiring masa...seperti juga mama..dan pastinya juga anak-anak mama nanti...
Mama tak mampu ulang semua saat ini tapi bersyukur dengan rahmat ALLAH kerana dilahirkan dan serta di pelihara dengan kasih sayang oleh orang sekeliling...
HASLINACHEHAT MENULIS