Gambar ini diambil sebelum Mak Bapa mama kahwin..orang dulu -dulu tak ramai yang ada kamera, jadi kalau nak bergambar mesti ke kedai cina...kedai melayu? mama pasti tak wujud pun..Ini pun hanya orang yang duduk di bandar ja yang suka bergambar..orang kampung memang payah la rasanya...jauh nak ke kedai gambar di bandar..apapun mama rasa memang keturunan suka bergambar...hehe sebab mama pun tak boleh berenggang dari kamera sejak pandai memilikinya.
Ini gambar hari bersejarah Tok Siah...kerana selepas ini baru sejarah mama bermula..Tok Siah kata dia terpaksa bersanding sorang diri sebab Bapa mama tak mahu naik pelamin sampai sudah....hehe..kata Tok Siah, Bapa mama takut bergambar kerana bimbang diguna-gunakan... tinggi betul kepercayaan anamisme dia.ceritanya dia pernah sakit sampai kurus kering kerana gambarnya d bomohkan....tapi mungkin dia malu yang teramat sangat kerana terpaksa ditonton oleh ramai orang... Mama kata macam tu sebab babah pun dulu ada cakap ..kalau mama letak pelamin ,dia tak nak datang masa hari kenduri d rumah mama..Ishhhhhhhhhhhhh..memang ada kot manusia macam tu ya...pemaluuuuuu.
Inilah satu-satunya gambar bapa mama semasa muda yang ada..tu pun kata Tok Siah,gambar ni ditangkap di Taiping, Perak..masa kami melawat kawan Tok Siah yang disukai oleh Bapa mama..Bapa mama tak sampai hati nak lawan hajat pompuan tu....jadi terpaksa lah dia senyum juga sekali...lepas tu terus dia bangun dan lari keluar... Ishhhhhhhhhhhhhhh...
Ini datuk mama sebelah Tok Siah yang mama sempat ambil masa melawat dia sebelum mendaftarkan diri di IPSI...hanya beberapa ketika selepas itu, mama kehilangan dia... Lelaki paling kaya dan hansome mama rasa masa tu.. sebab ada 2 isteri dan berbelas orang anak...semuanya dapat makan dengan sempurna walaupun orang lain serba-serbi susah..Siap ada banyak kapal lagi untuk menangkap ikan...tapi semuanya tinggal sejarah...panjang ceritanya......kalu tak mungkin mama dapat mewarisi legasi yang hebat.. tak pa la...bukan rezeki mama ...
HASLINACHEHAT MENULIS
No comments:
Post a Comment