ALHAMDULILLAH......Raya datang lagi.....dan mama masih bernafas di bumi ALLAH yang indah ini untuk terus menyambutnya bersama seluruh isi alam.
walau dalam setahun hanya sekali dua berjumpa dek kerana kesibukkan masing-masing meneruskan kehidupan yang semakin hari semakin pantas bergerak....kemesraan itu masih terasa....
Semoga ikatan persaudaraan ini terus kekal hingga hujung nyawa tanpa ada sempadan sengketa yang tak di jangka...bak kata pepatah..."sedangkan lidah lagi tergigit.."
Semoga Aidilfitri ini akan berulang kembali seiring dengan kedewasaaan anak-anak mama tercinta...semoga terus berusaha menjadi dewasa dalam Rahmat-Nya dan berjaya menjadi insan berilmu dan bermanfaat pada diri sendiri dan tidak mendatangkan kerosakkan pada manusia lain ...
Semoga Aidilfitri ini bukan yang terakhir dalam kehidupan mama dan babah....semoga masih bernafas di tahun hadapan...dan terus kekal dalam hubungan indah dan bahagia..
Selamat hari raya Aidilfitri 2010 untuk semua yang membaca Blog Mama ini...teruskan hidup dengan fikiran yang positif agar kita mampu menjadi manusia yang bahagia...disini dan disana..AMINNNN
HASLINACHEHAT MENULIS
Selamat hari raya Aidilfitri 2010 untuk semua yang membaca Blog Mama ini...teruskan hidup dengan fikiran yang positif agar kita mampu menjadi manusia yang bahagia...disini dan disana..AMINNNN
HASLINACHEHAT MENULIS
salam...wah segak2 semuanya..izinkan saya ambik fhoto keluarga haslina buat koleksi warga skspk..yeee..trima kasih banyak semoga kekal bahagia...insyaAllah.~kak sal
ReplyDelete