Saturday, December 12, 2009

ALAHAI

HASLINACHEHAT MENULIS-Hidup ni selalu macam ni.. sentiasa ada perkara yang akan mewarnainya. Kekadang warna-warni, ceria jadinya hidup kita. Adakala berwarna kelabu, rasa mendung aja hidup ini... Paling teruk bila warna hitam mula menjelma dalam hidup , jadi haru sekejap hidup ini...
Sekarang ni warna hitam sedang melanda blog I.... bukan apa, masalah ni takdaklah sampai buat hidup I jadi sukar,alhamdullilah ,masih bernafas dengan penuh rasa syukur, cumanya rasa sedikit tawar...
Tak tahu apa punca, tak boleh nak upload gambar.. kalau menulis tak ada gambar dalam blog ,umpama makan nasi tak ada lauk lah... memang lah boleh kenyang juga tapi mana sedap!!!!!!!!!!!!!
Kalau dah namanya makan nasi , mesti ada lauknya. Tak semestinya lauk ayam. Kalau ada ikan goreng, ulam dan sambal pun dah okey sesangat...
Banyak cerita yang I nak tulis tapi tergendala sebab kes kecil ni.. kat mana yang tak kena pun tak tahu.. Silap sikitlah sebab I ambil KSPK SAINS, kalau I ambil IT, mesti dah boleh selesaikan kes-kes kecil macam ni dengan petik jari aja...hehehe.
Apapun I cuma mampu upload gambar dalam facebook aja. Kalau ada yang nak jamu mata n mengata, jemputlah ke facebook I.. gambar 2 yang ada boleh dilihat oleh semua orang ..tak perlu tambah sebagai rakan pun....
Sajaa..... nak tunjuk gambar pi IKEA.... bestnyaaaaa..... rindu nak duduk sana semula..tapi tak mampu nak beli rumah seselesa rumah di Kedah..
Jadiiiii.... macam tu lah hidup, tak semuanya mampu kita miliki, pastinya kita akan sentiasa diberi 2 pilihan . Apapun pilihan kita , ada sesuatu yang terpaksa kita lepaskan untuk dapat apa yang kita pilih tadi... Tak pernahnya dapat pilih 2 benda serentak... Itu yang selalu berlaku pada I lah... Orang lain I tak tahu, mungkin ada yang cukup bernasib baik , dapat pilih 2 perkara baik serentak dalam kehidupan mereka..
Walau apapun yang kita dapat, terima dengan penuh kesyukuran n berlapang dada. Kalaupun rasa sesak nafas sekejap... jangan risau ! SEKEJAP ajaa........ Nanti, Insyaallah semuanya akan okey..Alaaa ALLAH tahu lah apa yang terbaik untuk hambanya..

Wednesday, November 25, 2009

INNALILLAH..

HASLINACHEHAT MENULIS-ISNIN ,23HB NOVEMBER 2009 CHE HAT B YAAKOB di panggil mengadap ILAHI..

ALFATIHAH UNTUK BELIAU. moga dia tenang di sana dan dipermudahkan segala urusannya di sana...


Sukar untuk meluahkan pernyataan yang selayaknya...Yang pasti, yang pergi takkan kembali lagi...


Sebagai anak , hanya doa yang mampu dikirim , semoga perjalanan disana mampu dilaluinya dengan tenang dan mudah...amin.

Thursday, November 19, 2009

SKSPK- DINNER 2009

HASLINACHEHAT MENULIS-HARI RABU,18 HB NOV 2009, PUKUL 8 MALAM... I join dinner SKSPK dengan hati yang berbunga-bunga.. ada banyak perkara yang buat hati I jadi ceria n gembira.. Rasa besarnya kekuasaan-Nya! Ketika hati I naik muak memikirkan ada insan yang suka benar dengan konsep kipas-mengipas dan bijak benar mempamerkan sifat plastik mereka.... Allah lorongkan perkara lain untuk menutup rasa gundah itu..Allahhuakbar!



Buat semua yang sudi membaca blog I ni... Nasihat I cuma satu , serahkan segalanya kepada-Nya.Percayakan segalanya pasti positif jika kita telah lakukan yang benar, maka Dia akan berikan kelapangan dada untuk kita..



Siap dapat lucky draw lagi.... macam mana I tak rasa kebesaran Tuhan, Orang ambik duit I secara menipu rm30 aja tapi I dapat balik lebih daripada tu...besar pengajaran yang I dapat dari pengalaman mengikuti kursus selama setahun...




PUAN GURU BESAR yang sentiasa berlapangdada dan bertimbangrasa , HAJJAH NORHARIZAN DAN PK ko-ku , PN. ROSNANI turut melapangkan diri dalam majlis ini.





Rakan semeja I , mama Saodah yang bersinar-sinar malam tu n K. Salmah , orang kuat pusat sumber... juga penyanyi jemputan yang dibayar secara pakej malam tu., ENCIK EMAM MOHD TAUFIK yang sedang sarat... hehehe




USTAZAH WAHIDA yang manis n komited , bawa sefamili demi menjayakan majlis..mana nak cari cikgu macam ni... hanya di SKSPK aja..






Bersama bekas orang kuat kelab guru yang lepas ni terpaksa memandu mercedesnya masuk kampung di Pendang..Ustaz nasir ... yang lain tu mestilah kekawan I yang baik hati dan baik budi... Sherry n Kavita.




Azlina raop ridzi yang rajin berkhidmat tak kira berapa banyak pun peluh yang keluar.... susahnya nak jumpa yang macam ni...

Bersama ratu -ratu bollywood yang diterbangkan dengan belon panas dari madras... nasib baik ustaz nasir dah pindah, kalau tak mau haru biru jadinya... hehe.
KALAU ada yang berhajat nak tengok gambar yang lain kena la masuk dalam facebook I.. ada semua gambar yang I ambil...








Thursday, October 22, 2009

TUAH CIKGU NORLIZA

HASLINACHEHAT MENULIS- Orang tua ada berkata, tuah ayam nampak di kaki ,tuah manusia ,siapa tahu... rupanya semua perumpamaan yang kita pernah dengar dan belajar itu semuanya benar..terbukti .




Kalau pun ada pepatah ,orang tua lebih dulu makan garam pun memang tepatlah...
I ada seorang kawan di Kajang, namanya Norliza Ramli n suaminya Abg Malik..I panggil dia k.liza . K.Liza ni orang perak n abang Malik orang Kedah... Mula ceritanya semasa I ngajar di sek. Jalan bukit 1, I dah ngajar Firdaus ,anak dia masa thn 5.. dengan makbapanya belum la kenal..lebih kurang 5 tahun lepas tu, I pindah ke Sri Jelok.


Disini I kenal cikgu Liza, kami sama-sama pindah masuk ke sekolah tu... anaknya si Firdaus nampak senarai nama guru sekolah dan ingat nama penuh I. So esoknya bermulalah riwayat-riwayat manis berkawan dengan cikgu liza ni... Orangnya sangat penyayang dengan anak-anak... susah la I nak tiru style dia, tapi I kagum cara dia layan anak-anak...

Anak dia masa I kenal cuma 3 orang, masa dah last-last baru tambah yang bongsu... dia kata buah hujung...hehehe

Anak nya yang ke 3 ( nama FATIN NUR ATIKA) tu terlebih cantik,( yang lain pun cantik n handsome )sejak dari sekolah rendah lagi aktif bab-bab hiburan ni.. masuk gimrama n tarian segala... Sampai bila masuk sekolah menengah, jadi model iklan tv n majalah.. sampaikan jadi pelakon drama tv, sempatla I n famili tonton drama "kad cinta " d tv 1.. Ada drama dia dalam ASTRO, tapi haslina che hat tak berkenan dengan konsep membayar untuk menonton tv, so takleh la tengok drama dia di ASTRO..

Sebenarnya I nak cerita yang Fatin ni akan ambil SPM pada tahun 2009 ni tapi belum pun sempat ambil periksa, mak dan ayahnya dah terima pinangan... hehe, jadi lepas ni dia akan ambil periksa sebagai isteri orang dan kalau lepas ni remaja yang lain tunggu keputusan SPM, I harap kak Liza akan tunggu Cucu... bertuah la kak liza, dapat besan orang berharta dan nanti dapat menantu masa masih muda...Esok -esok bila dapat cucu pun dia masih vogue lagi..

Saja I tulis cerita dia disini untuk jadi kenangan d hari tua nanti..

Friday, October 16, 2009

AIEMAN DEMAM

AIEMAN NUR HAKIM yang makin handsome ni dah mula pandai nak habiskan duit mama n babah. Dia dah mula demand macam-macam...Sekarang ni dia diserang demam BEN 10.... Tahu ke anda apa itu Ben 10??


Ini adalah barangan BEN 10 yang ke berapa tah dia mula himpun ... yang sebelum ni I tak tangkap gambar pasal masa tu demam dia masih suam-suam kuku... sekarang ni makin parah... H1N1 pun tak separah ni..


Ini alat untuk BEN 10 bertukar jadi alien katanya...


Ini pula jam yang dia nampak masa ronda-ronda di hari pembukaan TESCO Mutiara di Sungai Petani.... Apalagi , setiap hari mesti pakai ke sekolah... kalau terlupa pakai ... maunya disuruh patah balik n ambik.... nanti tak macho la gamaknya kalau kawan-kawan tengok... Mungkin itu modal dia untuk ngorat awek!!! hehehe.( dia suruh I padam ayat ni)




Tengoklah t-shirt pun ada gambar BEN 10... Lepas ni dia nak cari baju BEN 10 ALIEN FORCE pula katanya..Dia harap bila Umi n famili di Kajang nampak blog ni, hilanglah rindu Umi... juga salam rindu buat E-ah kalau terbaca blog mama ni...



Friday, October 2, 2009

BLACKNOSE: JANTAN MACHO YANG MANJA

JENG..JENG..JENG.. MARILAH BERKENALAN DENGAN BLACKNOSE.. INI GAMBAR MASA IA MASIH BAYI LAGI... BERANAK DALAM KOTAK AJA.. NASIB BAIK TAK PERLU ADA SURAT BERANAK, KALAU TAK MESTI IA SEDIHKAN...tapi kira masih ok lah pasal walaupun lahir dalam kotak, kami sekeluarga pelihara .. anak orang pun ada yang dibuang gitu-gitu aja...sampai hati kan???/

sejak kecik lagi semua anak-anak i asyik peluk cium dan usung ke hulu dan hilir... nasib baik tak mati lemas... asyik terpenyek aja...



ini lah bapa diorang yang memang terbukti kalau dibuat ujian DNA sekalipun... Cerita kucing famili i ni panjang dan menarik... Kalau sabar nak tahu.. bacalah..
Semuanya bermula apabila kami berpindah dari Kajang pada tahun 2007... Sejak sebelum pindah lagi anak-anak haslina che hat asyik minta nak bela kucing.. jadi I n babahnya janji kalau pindah Kedah, boleh bela sebab di Kajang tinggal di Apartment susah kucing nak membuang!!! Selepas balik, kami tangguh lagi dengan alasan nak pergi bercuti susah nak tinggal, nanti kucing mati tak makan.. Yelah kami kalau bercuti macam tak reti nak balik rumah...hehe.. jenis lupa diri bila berjalan!!
Nak dijadikan cerita kami suami isteri berjanji, siap sumpah dengan anak-anak, kalau balik bercuti yang terakhir di Langkawi ,kita bela kucing.... Dan memang Allah punya kuasa malam kami sampai balik dari Langkawi, belum pun sempat angkat barang keluar dari kereta, ada sekor anak kucing hitam yang asyik mengiau depan garaj.... Dah tu bila kami buka pintu, terus dia masuk n duduk menjilat bulunya dengan aksi yang cukup manja...
Puas I suruh keluar, tak mahu nya!!!! I buka pintu belakang , kot-kot dia tak cam rumah asal dia dari kawasan depan.. Sampai last dia tak nak keluar.. Dan besoknya bila haslina Chehat kasi makan ikan, tak dijamahnya... Hampir 3 hari asyik mengiau aja.. tapi ikan tak mahu disentuh.. Roslan Abdullah pun pergi lah cari wisker di Tesco.. anak kucing tu makan dengan pelahapnya... OOO KUCING BAKA PERABIS DUIT RUPANYA... PATUTLAH BULU KEMBANG CANTIK MACAM KUCING PARSI...Sejak tu kami pun bela dan namakan dia MAU'




Inilah gambar MAU semasa dia dah jadi teruna... Mulalah dia menjadi kucing jantan paling termacho di kawasan rumah I.. Semua kucing betina yang melihat terus tertawan , termasuklah kucing yang dikutip oleh jiran i yang datang menyewa tak sampai pun 6 bulan... dan selepas dia pindah, keluarga tu tinggal aja kucing betina tu tanpa belas kasihan , sampai hatikan... Tragis betul...
maka kucing betina itupun dibuntingkan oleh Mau kami yang hansome ni.. Kucing betina tu ,punyalah tak cantiknya, dengan bulu pun jarang aja.. Kira tak sekufulah kalau ikut firasat kami sekeluarga...Tapi jodoh kan ditangan Allah...



Black nose lahir 3 beradik dan masa tu haslina chehat sedang mengandungkan Baby Aierina.. so i dah cakap dengan anak-anak, kucing tu perlu dibuang , takut baby nanti sakit, pasal badan diorang banyak kutu yang dapat dari mak diorang yang tak sekufu dengan Mau tu... Malangnya tak lama selepas lahir, mak diorang mati kena langgar didepan rumah I... So Roslan Abdullah yang lembut hati tu rupanya dah janji dengan mak diorang masa dia sedang tanam mak kucing untuk jaga anak-anak dia sampai boleh bela diri sendiri.... I pun hanya tahu bila I asyik suruh dia buang di pasar n dia tak nak buang!!!
Hairan juga I sebab dia sayang anak atau kucing lebih.. dan masa I dah dekat nak bersalin I paksa juga dia n semua anak-anak pergi buang di pasar... Tahu apa terjadi????? Setiap hari selama seminggu depa pakat dok p tengok sebab kucing-kucing tu terus lari naik pokok bila dibuang dikawasan pasar tu...Korang tahu apa depa buat, hari-hari hantar nasi pada kucing tu sebab selepas seminggu hanya blacknose yang tak turun-turun dari pokok .. sebenarnya blacknose ni yang paling manja dengan Roslan, asyik temankan Roslan pergi surau terutamanya waktu subuh... Dan dia yang akan sambut Roslan balik dari kerja... itu yang tersentuh benar hati Roslan tu...




Last-last I suruh la dia n anak-anak pergi ambik selepas dua minggu blacknose di atas pokok dan yang membuatkan I takut sebab Haslina Che Hat TAK BOLEH BERANAK SAMPAI lah Blacknose balik kerumah... mungkin juga kebetulan , tapi i takut lah I mungkin dah aniayakan haiwan yang setiap hari mendoakan kami sekeluarga.. Namun cuma blacknose aja yang diambil balik sebab yang dua lagi dah hilang... tah kemana ghaibnya... kata peniaga disitu, ramai pendatang kemboja yang suka datang tangkap untuk di makan.... heeeee... miskin sampai macam tu!!





IInilah blacknose . namanya sempena hidungnya yang hitam berbanding 2 lagi saudaranya... sampai sekarang inilah buah hati Roslan.. Anak-anak pula dah tak nak main sebab dia dah tak comel.. kata mereka.
Sampai sekarang dialah yang setia menemani Roslan hingga ke surau... dan menunggu dengan setia jika kami keluar dari rumah..



















HASLINACHEHAT MENULIS

Thursday, October 1, 2009

SYAWAL 2009

SELESAI SOLAT, SEBELUM PULANG KE KAMPUNG , ANAK-ANAK MENGAMBIL PELUANG MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARI BABAH N MAMA ( GAMBAR I KENA SENSOR ) SERONOK TENGOK ANAK-ANAK GEMBIRA TERIMA DUIT RAYA BESAR WALAUPUN HARI-HARI DOK TERIMA DUIT DARI KITA.



Kekawan dari institut Perguruan Sultan Abdul Halim sempat menjengah kerumah selepas kuliah.. Konsep 1 Malaysia berjaya I tonjolkan pada kaum lain yang tak pernah merasa beraya di rumah orang Melayu.. Baru dia tahu ramai orang Melayu yang baik macam I ni..hehehe


Keluarga Cikgu Jamnah dari Kajang,Selangor. Sempat juga singgah di rumah I walaupun dapat bercuti sekejap aja...Macam ni barulah boleh di panggil kawan. WALAUPUN JAUH DIMATA TAPI DEKAT DI HATI. Juga famili cikgu Norliza n Abg Malik yang sudi singgah setiap kali melawat ke Kedah...


Famili adik-adik ipar I yang tiba pada hari raya ke 3 kerana beraya di rumah keluarga mertua masing-masing dulu... ni baru 2 famili, dah separuh rumah... kalau semua famili datang serentak, mau kena duduk depan pintu separuh... YA ALLAH , MURAHKANLAH REZEKI KAMI AGAR DAPAT MEMILIKI BANGLO BESAR 2 TINGKAT.. AMIN..



POSING UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI 2009 .. SEMOGA TAHUN DEPAN DIPANJANGKAN UMUR UNTUK MENJALANI IBADAH PUASA PADA TAHUN DEPAN DAN MAMPU MENYAMBUT SYAWAL LAGI.. MOHON AMPUN DAN MAAF PADA SEMUA YANG MEMBACA SEMOGA TIADA HATI YANG TERLUKA SAMAADA SECARA SENGAJA ATAUPUN TIDAK...



HASLINACHEHAT MENULIS

Saturday, August 29, 2009

CUTI SEKOLAH!!!

Seminggu cuti sekolah.. siapa paling gembira kalau bukan si cantik dan si manja berdua ni... Asyik melekat aja dengan I n babah...Babah pun ambik cuti seminggu juga..Penuh rumah dengan anak-pinak sendiri..


Anak-anak semua terpaksa berusaha memenuhi cuti ini dengan cara mereka sendiri.. Nak pergi makan angin tak boleh sebab ramadhan. Babahnya takut susah nak sembahyang terawih dan bersahur kalau makan angin dalam bulan puasa... Ya lah bukan selalu nak sambut Ramadhan.. Bimbang juga kalau ini yang terakhir..



Aieman suruh babahnya buka khemah depan rumah... Janji berkhemah, depan pintu rumah pun kira ok lah!!



Dah namanya cuti... dah tu tak boleh kemana-mana , kalau nak beli apa-apa pun tak boleh sebab JENERAL besar ada di rumah.. Nak mengecat pun naik malas sebab tak de sapa nak support... So kita tido aja lah sepanjang cuti ni... Yelah gaji jalan..tido pun dapat gaji..




Baby la paling melampau, semua orang kena ikut cakap dia... sejak pandai sebut " nak", "nak" dan" Butak"... semua dia nak.!!! dan semua kena benda yang berbungkus dia suruh buka.. Nasib baik ada kakak dan angah yang boleh tolong melayan.. Kalau tak, tinggal kulit dan tulang aja la I..
















Friday, August 28, 2009

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN ( PTK )

HASLINA CHE HAT MENULIS- Rabu, 25hb ogos 2009.Semua warga guru diseluruh negara menduduki PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK). Khasnya untuk DGA 29 dan DGA 32 seperti I dan rakan-rakan yang lain.. Yang pasti ini adalah untuk kali terakhir bagi I dan sebahagian rakan guru yang lain. Ini kerana mengikut pekeliling terbaru, guru-guru yang memperolehi tahap 3 tidak boleh lagi mengambil ujian PTK ini.. Kalau kali ini tak dapat tahap 4 juga ,alamat tak merasa la anjakan gaji.. Tapi bila dikenangkan usaha yang I dah buat untuk layak dapat 4 .... memang HAMPEHHH! Tak pernahnya pegang buku pun. Maka sendiri kena ingat lah kan....
Ini rakan-rakan sebilik periksa I.. Cuma kami ber4 aja dari SKSPK.. Yang lain semua dari sekolah lain.. Paling ramai, cikgu-cikgu dari SJK(C)...
Nampak tu.. Cikgu Azlina Raop Ridzi sibuk ulangkaji... Hehehe.. Kalau mak I tengok macam tu , dia akan kata " Dah nak terberak baru nak korek lubang" . Kenapa pepatah tu keluar? yelah dulu mana ada tandas.. Kalau ada HAJAT, kena la buat lubang dulu... hehe.. busuklahhhh


Ha.. ni kat kelas sebelah I..Hampir semua guru-guru dari SKSPK.. Meriah , macam nak makan kenduri.. bukan nak periksa... Nampak tu PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR DARI JOHOR... Suka aja dia! Comfirm boleh jawab punya.. ABC aja.. Tahu atau tak... Bulatkan aja..
Belakang dia yang tengah kontrol macho tu pemilik blog SHUKRI SHAHIDAN.


Ni semua dah tak sabar nak jawab periksa.. Cikgu Faldi sampai dah gatal tangan .. Punya dok tunggu nak tenyeh jawapan.. hehe.. Nanti kita tengok siapa yang kena ya... 2,3 atau 4.
Ustaz Nasir tu senget aja... Berat ilmu atau tengah kontrol angin...Hehehe!






Cikgu Siti Rahmah Darus yang sentiasa comel n gebu.. Tahniah kerana baru-baru ni terima ANUGERAH cemerlang... Untung orang tak pandai melawan dan menjawab ni..Guru-guru lain pun mesti buat kerja dengan senyuman ya..


I plak siap blazer segala.. Tapi jangan tak tahu.. itu semua cuma lakonan semata-mata ...hehe. malas nak pakai baju kurung . Jadi I belasah pakai T-Shirt buruk aja di dalam.. Ala.. bukan ada yang nak periksa pun .. Tapi Cikgu Rosnah tanya juga.. I mandi ke tak? He.he.he Mandiiiii.... Mandi wajib sekali!!!

Tuesday, August 25, 2009

SOLAT HAJAT TOLAK H1N1

Hari khamis. selepas bacaan yassin seperti selalu, solat hajat menjauhkan penyakit yang kini mula membunuh ramai rakyat Malaysia .H1N1 telah meragut 68 nyawa setakat ini..Sebagai ikhtiar, warga SKSPK dengan diimamkan oleh USTAZ SHAHIRUL telah menjalankan solat tersebut.




Rasa syahdu melihat dataran yang sebelum ini memainkan fungsi yang lain kira berubah umpama gambaran Masjidil Haram. Semuanya tunduk memohon mengharap pada yang Esa agar kami semua dijauhkan dari musibah ini.


Sujud mengadap yang Maha Berkuasa agar semuanya selamat sentosa.. Janganlah ada antara kami yang dijangkiti virus H1N1 ini hendaknya.



HASLINACHEHAT MENULIS... jadi Haslina Che Hat tak dapat join solat semata-mata nak sibukkan diri jadi jurufoto untuk memaparkan dalam blog... Kalau tak, tak ada laciter ni...

Saturday, August 22, 2009

SAMBUTAN RAMADHAN D SKSPK

TADA..... Jangan terkejut plak ngan gambar ni... Sebenarnya hari khamis 20.8.2009 -satu jamuan sempena meraikan kedatangan ramadhan al-mubarak telah diadakan di SKSPK.Majlis ini asalnya adalah rancangan Cikgu Rosela untuk buat kenduri .Tapi macam biasa , Pakatan ramai guru membuatkan kenduri Rosela bertambah meriah dengan sumbangan makanan.
Nampak tu... DR.Saad sedang mencedok kuah.. Mr.Emam plak tengah beratur tunggu giliran....mesti susah hati nak makan.. yalah, nanti badan tak slim ..hehe. ustazah dan ustaz khusyuk nampak!

Wanita melayu terakhir dari Johor di apit anak ikan dan bapa ikan...Ada sesiapa yang teringin kuah lontong?


Inilah tuan rumah sebenar... bilik dia asyik kena sewa aja... banyak la pahala ramadhan ni.. jangan serik ya kak Ros.
PERGI KEDAI BELI BARANG
KAK ROS LAH YANG PALING GARANG..
Itu kata upin& ipin tapi kak Ros ni lain.


I sempat posing sebelum mula menikmati hidangan yang penuh semeja...
TIMA KASIH DAUN KELADI PADA YANG BUAT KENDURI
LAIN KALI BUAT LA KENDURI LAGI




BUNUH ORANG ,KENA PENJARA 7 TAHUN AJA?


HASLINACHEHAT MENULIS-Semalam ,21.8.2009-jumaat.I baca suratkhabar kes seorang bekas jurugambar PDRM, Lans Koperal Abdul Halim Hassan yang dituduh membunuh temanwanitnya.. Ala.. yang nama Tengku Teh Susilawati Tengku Akhirat yang mayatnya orang jumpa dalam kotak televisyen dibuang di tepi jalan.

Sudahnya pembunuh ini cuma dihukum penjara 7 tahun.. Paling menyakitkan hati , hukuman dikira sejak pembunuh itu ditahan pada tahun 2005.. Ini bermakna ,lagi 2 tahun di boleh keluar lah!!!!

Kalau anda semua baca suratkhabar, mesti rasa nak muntah baca penghakiman yang diucapkan oleh Hakim Datuk Mohd Zaki terhadap pembunuh ini... Siap nasihat segala tapi setiap ayatnya macam plastik aja... Meluat I.

Kalau anda semua jadi perempuan atau ada anak perempuan mesti geram dengan lelaki ini yang pada masa kejadian adalah seorang penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan kita semua..

Mengikut fakta kes , mayat TENGKU TEH ditemui dalam kotak televisyen 29 inci dengan terdapat tompokan darah, bulu kemaluan terselit dijari kaki , air mani,rambut dan kesan cap jari pada kotak dan anggota badannya.

Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca kekurangan oksigen akibat muka ditekap sesuatu dan dicekik serta kesan persetubuhan baru berlaku pada kemaluan dan dubur mangsa dengan pelbagai kesan terbakar daripada puntung rokok, selain terdapat kesan kecederaan lain dan lebam di seluruh badan.. Ha.... macammana I tak geram, bukan orang namanya kalau sampai macam tu perangainya menganiayai perempuan.... Syaitan pun mesti gerun bila tengokkan perangai jurugambar polis ini.!!!!

Nak tahu? ... Isterinya juga anggota polis dengan 5 orang anak berumur antara 14 hingga 23 tahun..Maka sesiapa yang ada anak perempuan kenalah kita pakat berjaga-jaga .. Manalah tahu BAPA BOREK, ANAKNYA RINTIK.. NAUZUBILLAH!

Sedihnya bila perbuatan seorang anggota polis seperti ini akan mencalarkan dan membawa bau yang kurang enak kepada seluruh warga polis... Sedangkan kalau tiada anggota polis yang berdedikasi di Malaysia ini alamat tak tidur malamlah kita semua.. Sepatutnya anggota yang buruk dan busuk seperti ini dikesan dan dibuang lebih awal supaya tidak menjadi barah dalam pasukan keselamatan kita..