CUTI SEKOLAH MAC 2010-Seperti selalu, babah pun sibuk ambil cuti sempena cuti sekolah... mana boleh mama n anak-anak aja yang cuti...Apapun cuti kali ini kami dah rancang nak ke Trengganu n Kelantan...Sementara masih bernafas dan sihat, jalan-jalan ngan anak-anak...
Sepanjang perjalanan melalui Baling n Grik, cuaca seakan merestui perjalanan percutian kami sekeluarga... Cuaca cerah dan dingin seperti d Cameron Highland . Kira untunglah, tak perlu pasang aircond sepanjang perjalanan...............jimatttttttttttttttt minyak..
Antara panorama indah sepanjang perjalanan... TASIK BANDING yang penuh adventure, sesuai untuk insan-insan yang cintakan keindahan alam semulajadi... tapi tak sesuailah dengan kami yang ramai anak-anak kecil ni....
Semuanya kedinginan hingga terpaksa berselimut dengan tuala..( kes lupa Sweater)...Tapi yang pasti anak-anak tak sabar-sabar seopanjang perjalanan...Asyik tanya aja pukul berapa nak sampai dan apasal lambat sangat nak sampai.... Nasib baik Babah tak hot....
Part yang paling anak-anak tunggu... tak ada apa lagi yang lebih indah dan hebat pada mereka selain berendam dalam kolam renang.... kalau makan nasi lauk kicap pun tak kisah...janji mama n babah sewa bilik hotel yang ada kolam... tapi kalau berjalan jauh-jauh ,semata-mata nak mandi kolam aja... mahu bengkak hati mama... Apa kes??????????????
HASLINACHEHAT MENULIS
No comments:
Post a Comment