Friday, July 23, 2010

Aieman @ SK Sg.Layar

Anak Jantan sorang mama yang handsome ni terpaksa bersekolah sendiri di SK Sg Layar sejak awal tahun 2010 atas faktor sesi pembelajaran yang tak sama dengan mama di SKSPK..


Walaupun pada awalnya mama dan babah susah hati sebab tak sekolah sekali ngan mama tapi Abang berupaya membuat mama n babah bangga..Belajar di sekolah ini membolehkan Aieman merangkul anugerah sejak dari pertama kali peperiksaan di jalankan..
.
Bagusnya di SKSL ni ,setiap kali peperiksaan akan ada hadiah yang diberikan pada para pelajar...Dah dua kali tahun ni Aieman bawa balik hadiah sebab dapat no 2 dalam ujian..





Paling mengujakan bila peperiksaan pertengahan tahun Aieman dapat no 1 dalam kelas..mulanya mama tak kisah dan tak berniat pun untuk menghadiri hari anugerah ni...mama memang kaki ngelat kalau ada majlis berprotokol...macam tak sesuai ja ngan jiwa...


Babah yang beria-ia bercuti untuk menghantar Aieman ke sekolah pukul 8 pagi..tapi bila babah kata tak mahu menghadiri majlis tu, terkejut juga mama..Dah cuti, tapi tak mahu pergi...? Apa kes? mahu tak mahu, terpaksalah mama minta izin dari GB agar benarkan mama keluar dari SKSPK sekejap untuk menyokong usaha yang telah Aieman tunjukkan..tangkap gambar anak jantan sorang mama...



Aieman dan rakan kelas no2 dan 3 bersama guru kelasnya..Cikgu Norhayati merangkap guru bahasa Inggeris..menurut Aieman ,anak cikgu kelas dia pun belajar dalam kelas yang sama...bila jumpa cikgu Yati ni..dia kata nanti Aieman ambil 2 hadiah......1 lagi hadiah top ten murid tahun 2....kesahnyaaaaaa...
Pandaiiiii..anak jantan mama..hehe




HASLINACHEHAT MENULIS

No comments:

Post a Comment