Kali pertama mengunjungi taman tema ini..perasaan pertama yang timbul adaalah bangga kerana taman tema milik MKLAND ini memberi makna tersendiri bagi yang mahu berfikir tentang kewujudan bangsa sendiri..tapi bagi majoriti, tiada apa maknanya selain tempat mandi...
Anak-anak mama yang pantang jumpa air..memang tiada apa-apa rungutan tentang tempat ni...cuma sedikit membanding antara tempat kegemaran mereka di DESA WATERPARK...Apapun bila mereka boleh berfikir tentang jarak yang kini membataskan ...mereka tak merungut...
Baby dan adik yang mandi sampai biru bibir tapi tak nak berhenti...penat Babah melayan mereka berdua main air..semua tempat mereka nak pergi macam budak yang dah besar...Mama memang tak kisah..janji..Babah yang jaga...malas la mama nak berendam dalam air lama-lama...sejukkkkkkkkkkkkkkk
Walaupun hujan turun mencurah..budak berdua ni tak makan saman..yang besar-besar apalagi..alang-alang dah basah, kata depa...mandi ja la ..walaupun dalam hujan...
Ya la..bukan selalu boleh mandi hujan macam ni...kalau di rumah nak mandi hujan?? Mahunya ada yang tak boleh masuk rumah...
Puas hati la anak-anak mama boleh main air macam ni selalu...Insyaallah 25 september nanti kita datang lagi...kali ni kita bawa rombongan 2 buah bas ngan anak-anak murid mama yang penuh teruja untuk mengikut Projek Jom Jalan-Jalan SKSPK...datang kali ni pun sebab mama nak mengalami sendiri n melihat kelebihan dan kekurangan yang ada di sini sebelum mama bawa rombongan ke sini..
Apa yang pasti... malam tu baby n adik tido sampai tak sedar diri dalam bilik hotel selepas pulang dari makan malam di Kamunting..
HASLINACHEHAT MENULIS
No comments:
Post a Comment