Saturday, August 29, 2009

CUTI SEKOLAH!!!

Seminggu cuti sekolah.. siapa paling gembira kalau bukan si cantik dan si manja berdua ni... Asyik melekat aja dengan I n babah...Babah pun ambik cuti seminggu juga..Penuh rumah dengan anak-pinak sendiri..


Anak-anak semua terpaksa berusaha memenuhi cuti ini dengan cara mereka sendiri.. Nak pergi makan angin tak boleh sebab ramadhan. Babahnya takut susah nak sembahyang terawih dan bersahur kalau makan angin dalam bulan puasa... Ya lah bukan selalu nak sambut Ramadhan.. Bimbang juga kalau ini yang terakhir..



Aieman suruh babahnya buka khemah depan rumah... Janji berkhemah, depan pintu rumah pun kira ok lah!!



Dah namanya cuti... dah tu tak boleh kemana-mana , kalau nak beli apa-apa pun tak boleh sebab JENERAL besar ada di rumah.. Nak mengecat pun naik malas sebab tak de sapa nak support... So kita tido aja lah sepanjang cuti ni... Yelah gaji jalan..tido pun dapat gaji..




Baby la paling melampau, semua orang kena ikut cakap dia... sejak pandai sebut " nak", "nak" dan" Butak"... semua dia nak.!!! dan semua kena benda yang berbungkus dia suruh buka.. Nasib baik ada kakak dan angah yang boleh tolong melayan.. Kalau tak, tinggal kulit dan tulang aja la I..
















Friday, August 28, 2009

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN ( PTK )

HASLINA CHE HAT MENULIS- Rabu, 25hb ogos 2009.Semua warga guru diseluruh negara menduduki PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK). Khasnya untuk DGA 29 dan DGA 32 seperti I dan rakan-rakan yang lain.. Yang pasti ini adalah untuk kali terakhir bagi I dan sebahagian rakan guru yang lain. Ini kerana mengikut pekeliling terbaru, guru-guru yang memperolehi tahap 3 tidak boleh lagi mengambil ujian PTK ini.. Kalau kali ini tak dapat tahap 4 juga ,alamat tak merasa la anjakan gaji.. Tapi bila dikenangkan usaha yang I dah buat untuk layak dapat 4 .... memang HAMPEHHH! Tak pernahnya pegang buku pun. Maka sendiri kena ingat lah kan....
Ini rakan-rakan sebilik periksa I.. Cuma kami ber4 aja dari SKSPK.. Yang lain semua dari sekolah lain.. Paling ramai, cikgu-cikgu dari SJK(C)...
Nampak tu.. Cikgu Azlina Raop Ridzi sibuk ulangkaji... Hehehe.. Kalau mak I tengok macam tu , dia akan kata " Dah nak terberak baru nak korek lubang" . Kenapa pepatah tu keluar? yelah dulu mana ada tandas.. Kalau ada HAJAT, kena la buat lubang dulu... hehe.. busuklahhhh


Ha.. ni kat kelas sebelah I..Hampir semua guru-guru dari SKSPK.. Meriah , macam nak makan kenduri.. bukan nak periksa... Nampak tu PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR DARI JOHOR... Suka aja dia! Comfirm boleh jawab punya.. ABC aja.. Tahu atau tak... Bulatkan aja..
Belakang dia yang tengah kontrol macho tu pemilik blog SHUKRI SHAHIDAN.


Ni semua dah tak sabar nak jawab periksa.. Cikgu Faldi sampai dah gatal tangan .. Punya dok tunggu nak tenyeh jawapan.. hehe.. Nanti kita tengok siapa yang kena ya... 2,3 atau 4.
Ustaz Nasir tu senget aja... Berat ilmu atau tengah kontrol angin...Hehehe!






Cikgu Siti Rahmah Darus yang sentiasa comel n gebu.. Tahniah kerana baru-baru ni terima ANUGERAH cemerlang... Untung orang tak pandai melawan dan menjawab ni..Guru-guru lain pun mesti buat kerja dengan senyuman ya..


I plak siap blazer segala.. Tapi jangan tak tahu.. itu semua cuma lakonan semata-mata ...hehe. malas nak pakai baju kurung . Jadi I belasah pakai T-Shirt buruk aja di dalam.. Ala.. bukan ada yang nak periksa pun .. Tapi Cikgu Rosnah tanya juga.. I mandi ke tak? He.he.he Mandiiiii.... Mandi wajib sekali!!!

Tuesday, August 25, 2009

SOLAT HAJAT TOLAK H1N1

Hari khamis. selepas bacaan yassin seperti selalu, solat hajat menjauhkan penyakit yang kini mula membunuh ramai rakyat Malaysia .H1N1 telah meragut 68 nyawa setakat ini..Sebagai ikhtiar, warga SKSPK dengan diimamkan oleh USTAZ SHAHIRUL telah menjalankan solat tersebut.




Rasa syahdu melihat dataran yang sebelum ini memainkan fungsi yang lain kira berubah umpama gambaran Masjidil Haram. Semuanya tunduk memohon mengharap pada yang Esa agar kami semua dijauhkan dari musibah ini.


Sujud mengadap yang Maha Berkuasa agar semuanya selamat sentosa.. Janganlah ada antara kami yang dijangkiti virus H1N1 ini hendaknya.



HASLINACHEHAT MENULIS... jadi Haslina Che Hat tak dapat join solat semata-mata nak sibukkan diri jadi jurufoto untuk memaparkan dalam blog... Kalau tak, tak ada laciter ni...

Saturday, August 22, 2009

SAMBUTAN RAMADHAN D SKSPK

TADA..... Jangan terkejut plak ngan gambar ni... Sebenarnya hari khamis 20.8.2009 -satu jamuan sempena meraikan kedatangan ramadhan al-mubarak telah diadakan di SKSPK.Majlis ini asalnya adalah rancangan Cikgu Rosela untuk buat kenduri .Tapi macam biasa , Pakatan ramai guru membuatkan kenduri Rosela bertambah meriah dengan sumbangan makanan.
Nampak tu... DR.Saad sedang mencedok kuah.. Mr.Emam plak tengah beratur tunggu giliran....mesti susah hati nak makan.. yalah, nanti badan tak slim ..hehe. ustazah dan ustaz khusyuk nampak!

Wanita melayu terakhir dari Johor di apit anak ikan dan bapa ikan...Ada sesiapa yang teringin kuah lontong?


Inilah tuan rumah sebenar... bilik dia asyik kena sewa aja... banyak la pahala ramadhan ni.. jangan serik ya kak Ros.
PERGI KEDAI BELI BARANG
KAK ROS LAH YANG PALING GARANG..
Itu kata upin& ipin tapi kak Ros ni lain.


I sempat posing sebelum mula menikmati hidangan yang penuh semeja...
TIMA KASIH DAUN KELADI PADA YANG BUAT KENDURI
LAIN KALI BUAT LA KENDURI LAGI




BUNUH ORANG ,KENA PENJARA 7 TAHUN AJA?


HASLINACHEHAT MENULIS-Semalam ,21.8.2009-jumaat.I baca suratkhabar kes seorang bekas jurugambar PDRM, Lans Koperal Abdul Halim Hassan yang dituduh membunuh temanwanitnya.. Ala.. yang nama Tengku Teh Susilawati Tengku Akhirat yang mayatnya orang jumpa dalam kotak televisyen dibuang di tepi jalan.

Sudahnya pembunuh ini cuma dihukum penjara 7 tahun.. Paling menyakitkan hati , hukuman dikira sejak pembunuh itu ditahan pada tahun 2005.. Ini bermakna ,lagi 2 tahun di boleh keluar lah!!!!

Kalau anda semua baca suratkhabar, mesti rasa nak muntah baca penghakiman yang diucapkan oleh Hakim Datuk Mohd Zaki terhadap pembunuh ini... Siap nasihat segala tapi setiap ayatnya macam plastik aja... Meluat I.

Kalau anda semua jadi perempuan atau ada anak perempuan mesti geram dengan lelaki ini yang pada masa kejadian adalah seorang penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan kita semua..

Mengikut fakta kes , mayat TENGKU TEH ditemui dalam kotak televisyen 29 inci dengan terdapat tompokan darah, bulu kemaluan terselit dijari kaki , air mani,rambut dan kesan cap jari pada kotak dan anggota badannya.

Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca kekurangan oksigen akibat muka ditekap sesuatu dan dicekik serta kesan persetubuhan baru berlaku pada kemaluan dan dubur mangsa dengan pelbagai kesan terbakar daripada puntung rokok, selain terdapat kesan kecederaan lain dan lebam di seluruh badan.. Ha.... macammana I tak geram, bukan orang namanya kalau sampai macam tu perangainya menganiayai perempuan.... Syaitan pun mesti gerun bila tengokkan perangai jurugambar polis ini.!!!!

Nak tahu? ... Isterinya juga anggota polis dengan 5 orang anak berumur antara 14 hingga 23 tahun..Maka sesiapa yang ada anak perempuan kenalah kita pakat berjaga-jaga .. Manalah tahu BAPA BOREK, ANAKNYA RINTIK.. NAUZUBILLAH!

Sedihnya bila perbuatan seorang anggota polis seperti ini akan mencalarkan dan membawa bau yang kurang enak kepada seluruh warga polis... Sedangkan kalau tiada anggota polis yang berdedikasi di Malaysia ini alamat tak tidur malamlah kita semua.. Sepatutnya anggota yang buruk dan busuk seperti ini dikesan dan dibuang lebih awal supaya tidak menjadi barah dalam pasukan keselamatan kita..

Thursday, August 13, 2009

SPESIS YANG HAMPIR PUPUS

Pernah tak anda lihat buah yang si cantik manis I pegang ni?????
Dulu masa tinggal di Kajang tak pernah plak anak-anak I lihat dan rasa buah ni ..maka bila babahnya bawa balik buah ni puaslah disoal-selidik oleh bebudak tu.

Setelah diterangkan bahawa sudah termaktub dalam kamus budaya orang Melayu bahawa buah iti diberi nama buah jentik.... maka semua anak-anak I pun pakat jentik buah tu... Bukannya diaorang nak makan sangat tapi cuma nak rasa bagaimana menjentik buah sebelum makan.. Angah n Adik, ok la juga pasai depa berdua makan buah tu.. tapi si Abang cuma mahu jentikkkkkk aja... Sampai sekarang pun kalau lalu kot merbok n nampak buah jentik, dia suruh beli.. Bila babahnya tanya .. nak makan ka? Dia jawab.." Abang nak jentik aja..."


Bagi yang masih keliru dan tak pernah tengok serta rasa buah ni... Dia macam spesis buah rambai.. Cuma warnanya oren tapi rasanya memang macam rambai gak.. Masam-masam manis gitu.




Buah yang ni lagi best.. bukan anak-anak aja yang hairan.. Kami suami isteri pun tak pernah seumur hidup tengok dan rasa.. Lepas I kopek buah ni... I pun rasa bijinya..PAHIT..jadi I suruh plak suami rasa, dia pun kata pahit... Ha! patut pun nak pupus, tak sedap lansung.. I tangkap gambar n tunjuk pada kawan-kawan di sekolah.. Cikgu Rashid kata" orang makan kulit , bukan makan biji.." Laaaaaaaaaaaa.. Gitu ka? Nama buah ni katak puru... Loglag betul.. punya nya banyak perbendaharaan kata.. Itu yang orang boleh fikir.. Cari la yang menawan sikit.. Yekkk...makan katak puru.. ...pui!



Buah ni I kenal tapi anak-anak I memang hampeh .. Depa kata "Grape fruit" ... Tak kenal spesis betul bebudak ni.. Ini namanya buah Grhekup... Hehehe macammana nak eja ya.. Masa I kecik-kecik dulu , Tok wan I sebut gitulah.. Masa tu I rasa buah ni sedap tapi tah ngape, sekarang ni rasa kelat dan pahit plak.. Lidah I dah banyak makan burger gamaknya.. Anak-anak I lansung tak leh terima dek lidah depa.. Sorry la ya buah .. kalau I ada tanah lapang pun ,tak nak lah I tanam U... Tak glamor... Maaf ya.





HASLINACHEHAT MENULIS

HASLIZA CHE HAT BERKAHWIN

8.8.2009... Majlis Kenduri kahwin HASLIZA CHE HAT berlansung secara sederhana tapi meriah.. Pasangan pengantin meraikan hari bahagia dengan berposing untuk kenangan di masa depan .. Pastikan lepas besarkan gambar sebesar pintu rumah ya... rugi la habis beribu untuk pelamin kalau tak leh tengok sampai hujung nyawa.


Pasangan pengantin ambil masa melayan jurugambar muda (anak-anak I) merakam gambar kenangan.


Hantaran dari pihak perempuan ,semuanya hijau.. lembu tengok pun ngeri ,tak tahu mana rumput,mana hantaran.




Hantaran dari pihak lelaki dengan tema emas... Yalah orang kelantan kan suka pakai barang kemas... tak caya ,cuba tengok kat Pasar Siti Khatijah.. Dema pakat pakai barang kemas sampai penyamun pun naik pening..Rabun mata nak pilih mangsa.

Anak-anak dara I sempat berposing masa MakSu depa menyalin pakaian.. Ini baju dari butik SHUKRI CHE HAT. Lepas ni kalau ada yang berminat boleh hubungi kita untuk tempahan ..Harga sangat murah.





Inilah tugas I masa kenduri, asyik kena bungkus aja.. bukan untuk orang lain pun.. Untuk adik-beradik gak.. Lain kali kalau datang kenduri dan berhajat untuk bawa balik ..Sila bawa mangkuk tingkat sendiri ya.. SENANG KERJA.






Baiknya bila ada kenduri-kendara ini paling utamanya adalah peluang untuk berjumpa sanak-saudara yang jauh dan dekat.. Boleh juga anak-anak I tahu mana sepupu sepapat mereka.










ANAK ITIK TOK WI

Gara-gara festival kedah sejahtera yang lepas, anak-anak pakat minat gila bila tengok anak-anak itik yang comel-comel. Dijual dengan harga rm3 sekor. Demi nak jaga hati anak-anak , I beli 4 ekor... sorang sekor, selepas penat dengar anak-anak bising setiap hari nak beli itik!

I layan kehendak anak-anak... Balik rumah terus I buat kolam mini untuk itik-itik berenang. Masa I sedang korek lubang kolam, Babah kata nanti air meresap dalam tanah.... Dia ingat I ni tak cerdik ke? I pasang lapik kalis air dan TA..DAAA..


ANAK ITIK TOK WI MANDI DALAM KOLAM
SAKIT APA TOK WI SAKIT SENDI TULANG
UBAT APA TOK WI UBAT LIMAU LELAM

Anak-anak itik pun berenang lah sambil bernyanyi-nyanyi dengan gumbira nya!


Malangnya sekor demi sekor dibaham dek kucing jantan sial siapa tah! paling tragis bila kucing tu dikejar oleh anak-anak I semasa membunuh itik yang ke-3.
Kucing hitam tu tergamak hantar badan anak itik tanpa kepala balik ke depan sangkar... Separuh histeria anak-anak I tengok bangkai itik tanpa kepala.
Sejak tu satu-satunya itik yang hidup kami bela dalam rumah macam bela kucing.. perlu dibelai setiap masa.. kalau tidak dia akan bising kerana kesunyian.
Terkini ... anak itik itu pun mati di makan oleh kucing hitam yang sama setelah diletak dalam sangkar diluar rumah untuk dapat cahayamatahari ...Siang hari pun dia dah berani membunuh... SIAL PUNYA KUCING!


Sunday, August 9, 2009

PRA KENDURI HASLIZA CHE HAT

HASLINACHEHAT MENULIS-Minggu lepas 7.8.2009 Adik I yang paling bongsu menjadi milik orang Kelantan. Kalau sudah ada yang mahu maka kami sekeluarga pun lepaskan dengan cara dan budaya Islam yang sepatutnya. Majlis akad dan nikahnya dijalankan dengan sempurna secara sederhana.







Berdebar-debar lah tu... Nasib baik bawa seluruh ahli keluarga buat penguat semangat, kalau tak mesti keluar semua peluh dingin . silap-silap 15 kali akad pun belum boleh lepas..hehe

Ha... tandatangan cepat, lepas ini ingat, you sudah jadi isteri orang.. pandai-pandailah jaga keluarga. Kalau tak pandai masak, belajar!Kalau tak reti-reti juga... beli!

Sempat juga jurukamera fokus isteri kesayangan dia ya! Puas peluk si baby.. asyik merayau aja dia.. habis satu masjid di rayaunya... tak cukup rayau, siap jerit-jerit lagi... seronok gamaknya tengok orang pakat pandang dia. Last-last habis semua orang dia pergi tampar..... bertuah betul budak ni , besar nanti mau jadi juara karate ni nampaknya.

Lepas dah sah ,sempat posing kejap atas pelamin sementara tunggu makanan siap dihidang untuk keluarga pengantin lelaki. Penganti lelaki tak makan pun tak pa....

Anak-anak pakat tumpang glamor maksunya... tak sempat nak buat baju lawa-lawa untuk kenduri , belasah jeans dan t-shirt ajalah. Anak handsome aja yang ada banyak baju melayu, bolehlah pakai.... Lain kali kita buat baju glamor untuk kenduri pak cik plak ya nak!

Kakak Sulong pengantin sempat posing maut..hehe..dah tua ni kalau dapat sanding lagi sekali mesti vogue punyalah Babah ye?Tambah lagi kalau dapat pakai gaun sekali... lagi menjadi kalau ada 7@ 8 persalinan. Ada yang nak ngumpat la tu..

Saturday, August 1, 2009

TUKAR EMAS KEPADA KRISTAL

bling-bling!bling-bling!merelit -merelap,berkilau-kilau... meh le pakat tukar emas anda dengan kristal.
berkilau berterusan tanpa perlu penjagaan rapi dan yang paling penting peragut mesti bertukar fikiran jika nampak kristal anda.
yalah, dia pun ada akal cuma cetek dan singkat aja dari kita....dia pun tahu kristal ni tiada nilai untuk dijual semula!
bercakap pasal cetek akal ni kekadang rasa malu plak tengok makcik-makcik,nenek-nenek yang kena ragut tu..kesian tu ada cuma salah siapa kalau kucing makan ikan yang terdedah! udah namanya kucing memang mencari peluang aja la kerjanya...faham ke apa yang saya nak sampaikan ni? jadi kepada yang faham maksud saya cubalah tukar cara anda berfikir.. rentikanlah pakai emas pada tubuh badan anda yang berharga lebih tinggi dari emas itu sendiri.
Bayangkan wajah anda yang cantik tu di toreh oleh pisau kerana nak meragut rantai emas anda ataupun kalau tak ditoreh, luka kerana diragut...mak oi sakitnya..pernah cuba rentap sendiri rantai dari leher anda...cubalah
Takpun ditetaknya lengan anda yang berbelit dengan emas...Ha kan dah kudung !

Satu hal lagi yang buat saya pelik ialah kenapa dalam kita selalu nampak kedai emas yang dimiliki oleh bangsa cina ni,pembelinya mesti bangsa melayu aja..bangsa cina ni cerdik...Dia tak pakai pun barang kemas! Kalau ada pun cuma seurat dua aja... Itu pun besar bulu mata aja... Tapi yang kaya KONONNYA bangsa cina... Siapa yang kaya sebenarnya ni ..Setiap kali saya pergi shopping kasut di Central square orang melayu aja yang sibuk membayar.. Kaya sebenarnya kita ni. Kalaulah duit kita semua dikumpulkan mesti hirup kuah aja la bangsa lain ...


Lepas ni siapa yang nak beli kristal boleh order dari saya.. barang emas anda pergi jual lah... dapat duit sila melabur, bukan dalam skim cepat kaya tapi beli saham..Sebab anda sibuk beli emas, orang lain dah sapu habis saham syarikat di Malaysia.Sampaikan saham bernas pun dah tinggal ciput pada tangan orang Malaysia... Nasib baik ada Syed Al-Bukhary yang kaya tu sorang ,masih lagi jadi pemegang saham majoriti. Itupun bangsa kita masih nak berdengki sesama kita.. Buang lah perasaan hasad dengki tu...Pelik lah dengan kita ni kan.. kalau bangsa sendiri kaya,punyalah sakit hati...sampai siap buat fitnah lagi tapi kalau orang lain kaya, kita punya suka malah tolong lagi supaya dia lebih kaya.
Bawa berfikir sejenak ya... kalau namanya orang Islam dan dia kaya mungkin dapat orang miskin yang lain terima wang zakat dia... Kita sendiri pun bukan boleh keluar banyak sangat zakat...berapa sen aja sebulan.






Jadi kesimpulannya , kita pakat-pakat tolonglah bangsa kita sendiri ya( yang namanya orang melayu sebab selama yang kita tahu orang melayu itu mesti Islam. KALAU DIA BELUM BERWAJAH ISLAM, MUNGKIN NANTI DIA AKAN BERTUKAR SELEPAS DAPAT HIDAYAH). Supaya dia jadi kaya.. Kalau dia kaya dan banyak duit dia akan bayar zakat , kalau dia bayar zakat, dapat pada orang kita juga.LAGIPUN jarang kita tengok orang cina beli barang emas dari kedai melayu apalagi nak masuk mini market orang melayu..YE TAK?