Friday, April 16, 2010

HARI MINGGU-APRIL 2010

Aktiviti biasa setiap hujung minggu ... mesti diisi dengan jalan-jalan.. alaaa, kalau berjalan bukan bermakna kena pergi jauh-jauh.... isi minyak , lepas tu pilihlah lokasi yang paling menarik yang ada... kalau hari-hari masuk tesco pun muak juga... beli gula sekilo, gi tesco.. beli beras sekampit ,gi tesco... nak bayar bil, gi tesco... eeeeeeeeeeeeeee..muak la..





Kali ni kita ronda-ronda ke Pantai Merdeka... lama dah tak gi.... sampai aja di sana... terkezzzut kami suami isteri.... nengokkan tempat parking yg lapang dan bertar.... ada plak tempat makan yang dah di naik taraf hingga 3 bintang.... yang paling happening... ada chalet.... laaaaaaaaaaaa... bila tumbuh...hehe. nampak sangat kami ketinggalan..




Sambil main-main di gigi air... anak-anak kutip benda-benda yang nampak ajaib pada mata depa... ni salah satunya... angah jumpa ketam.... boleh la masak lemak cili ya NGAH...




Babah ngan mama saja buat aksi separa romantik depan sinar suria petang yang memancar dengan indahnya.... sesiapa yang berhajat nak menikmati mentari petang .. amat sesuai dan digalakkan.. hehe.. kalau malas nak balik, boleh tido d chalet... angin ... jangan cakaplah... memang menyamankan... menderu-deru... bukan sepoi-sepoi bahasa lagi... kiranya musim ribut la gamaknya...


Lihatlah anak-anak mama yang gembira sepenuh hati di tepian pantai.. walaupun pantai ni tak sesuai untuk berenang sebab airnya yang kelabu semacam aja... tapi masih memberikan kegembiraan pada mereka dengan keindahan semulajadinya... agaknya bila anak-anak mama dah dewasa, apalah nak jadi dengan Pantai Merdeka ni....



Dah maghrib... cukuplah sepetang di sini... kalau umur panjang kita datang lagi... datang awal sikit .. boleh lepak lama sikit... ini tak sampai sejam pun...nanti kita datang makan mi plak... boleh kita pantau servis d gerai makanan yang dah di naiktaraf tu...mungkin ada cerita menarik yang kita boleh kongsi nanti...





HASLINACHEHAT MENULIS

Thursday, April 15, 2010

SKSPK- MURAL PERTAMA 2010

Inilah projek mural pertama untuk tahun 2010 di SKSPK.. paling best bila ada sukarelawan import dari IPSAH yang tiba tepat pada waktu pelancaran projek sendirian berhad I dilancarkan..hehehe.. Semua yang tiba dari IPSAH untuk praktikum adalah anak-anak dara yang semestinya come-come belaka.. ya alaa.. udah namanya anak dara mestilah cantik.. I dulu pun cantik.. hehe




Anak dara yang ni datang 2 grup... 1 dari pengajian seni dan 1 lagi dari pengajian agama... Iffah n Hanis budak pengajian seni.. Fazillah n Shariza pengajian agama (paling tepi pakai baju biru..@kak long)... tak tahu lah masa diorang d maktab tapi d sini boleh jadi geng yang okey ja... mungkin pasal diorang ni memang jenis yang baik gamaknya....



Berbalik cerita pasal mural d SKSPK.. bukanlah bermakna takde lansung mural didinding sekolah ,..nanti murka plak warga SKSPK yang lain...hehe..tapi inilah mural pertama yang nampak ceria n glamor... pengarah projeknya siapa lagi kalau bukan I.... hehe... Mastermind!!!!!


Jangan tak tahu.. hari minggu aja aktiviti cat mengecat ni berjalan... yelah... bebudak tu pun manusia gak... tak denya ndak diorang datang mengecat petang hari bersekolah... ala-ala malu la gitu... SHY_SHY CAT...SKSPK kan 2 sesi ,tentu tak sanggup diorang tertonggeng-tongeng depan cikgu lain.. karang dikatakan buat aksi terlampau plak...., maka hari Jumaat n Sabtu aja yang free untuk kerja-kerja seni ni.. I plak setakat jenguk n heret anak kiri-kanan ajelah...bukan nak ngelat tapi dah tak mampu nak jadi macam orang muda...


Yang baju kuning , Iffah budak trengganu..baju hitam Hanis, orang Kajang Utama...eeeeee rindukan Kajang! yang 1 lagi tu Fadzillah, orang Pahang... N yang baju biru tu.. org Sungai Petani..hehehe anak 5 ye..nak berkenalan?Apapun SKSPK amat bertuah kerana menerima 4 dara pingitan ni ke sekolah...memang berbudi bahasa kalau nak dikira zaman serba kurang ajar sekarang ni.. semoga mereka akan menjadi guru yang berkualiti tinggi bila bertugas nanti..
Kalau praktikum yang kedua nanti, mereka datang sini lagi pun bagus juga..hehehe, banyak lagi dinding yang kosong... tapi bab modal la yang payah!!!!!!!



Friday, April 9, 2010

SKSPK-BADAN KEBAJIKAN GURU 2010

Kelab BKJ mengadakan menyuarat pertama untuk tahun 2010 pada hari Ahad, 4 april dalam suasana yang cukup santai dan selesa... Yalah, sebelum mesyuarat dimulakan,ada jamuan makan tengah hari sumbangan guru-guru yang dilantik ke DG 41...GENDANG-GENDUT, TALI KECAPI.. KENYANG PERUT, SUKA HATI.... Tahniah dan terima kasih untuk mereka.



Pn. Jasmin selaku pengerusi kelab, sedang mengendalikan mesyuarat seprofesional yang mungkin... Pada I kira sudah membanggakanlah bila guru wanita dinobatkan sebagai pengerusi, bukan apa, sudah realiti zaman sekarang, guru wanita mendominasi dunia perguruan... memang selayaknyalah wanita juga menerajui semua peringkat yang ada dalam bidang perguruan... spesies yang nak pupus tu bukan tak layak.... cuma kurang layak! Jangan mareeee....hehe..





Sebahagian guru yang hadir mesyuarat... penuh perhatian demi kebajikan diri sendiri...hehe.. Yalah badan kebajikan guru dan staf bukan anak murid.. jadi kena la dengar betul-betul... Yang tiada dalam mesyuarat, janganlah pula tak puas hati dengan keputusan mesyuarat... hehe... PAGI-PAGI MAKAN PENGAT, SENDIRI MAU INGAT LA..



I pula masa ni baru nak tambah air utk kali ke-3.... dah kena undi untuk baju uniform sekolah.... EEEE... mana boleh tertinggal, nanti nak kena pakai uniform sekolah plak.... eeeeeeeeeeee... tak suka la I, dok kena pakai pakaian ikut pilihan orang lain... selera masing-masing mana sama... sebab itu lah tak boleh dok belasah sama rata macam tu... kalau I suka biru mungkin orang lain berkenan dengan warna ungu.... kalau i suka jalur, mungkin orang lain suka belang... kalau I suka kain kapas, mungkin orang lain suka kain sutera.... tetiba plak nak paksa pakai serupa atas dasar nak nampak kesepakatan.... Alah sepakat datang mengajar ikut masa yang ditetapkan sudahlah... ini datang sekolah pun ikut suka masing-masing...Apa kes?


Cuba tengok dalam gambar ni....Cikgu Emam pun boleh tersesat dalam kumpulan guru wanita... pilihan dia la kan..? Bila hati suka, semua akan jadi baik dan cantik.. tapi bila sibuk nak letak kosmetik diluar lebih -lebih dari pengisian dalaman maka kesepakatan akan makin robek dan hasilnya akan lebik jelik... sebab masing-masing rela dalam terpaksa... Susah nak suruh orang lain buat pilihan ikut kehendak yang sama ngan kita... sebab masing-masing ada pelbagai kecenderungan... Takkan tak tahu pasal kecerdasan pelbagai..Sebab tu murid-murid yang kita ajar pun kena guna pelbagai kaedah sesuai ngan kebolehan mereka..bukan boleh bantai dan belasah cara yang kita suka aja.... Itu baru pasal kecerdasan, belum lagi I membebel pasal parti politik..... Walaupun gaji dibayar oleh kerajaan pusat... tapi Najib tak pernah pun datang sekolah dan paksa cikgu-cikgu pilih BN ...Pilih lah mana-mana parti pun PAS , PKR,DAP ataupun parti tupperware....hehehe..dapat juga gaji... Yang penting ngajar dengan sepenuh hati ... !!!!!



Ni bebudak praktikum dari IPSAH yang datang selama sebulan... baik bebudaknya... datang 4 orang... 2 ,pengajian agama... 2 ni pengajian seni.. kira part lukis melukis tu berbakat besar lah, ...tertib n penuh sopan santun aje semua 4 dara ni.. kalau jadi guru tetap nanti I jamin boleh jadi guru yang cemerlang... kalau ada yang berkenan utk urusan peribadi pun sesuai... datang lah ke SKSPK... boleh I kenalkan tapi tak jaminlah permohonan anda diterima... cuma mungkin dipertimbangkan...hehe





HASLINACHEHAT MENULIS

Friday, April 2, 2010

hujung minggu

Hujung minggu, seusai Asar, macam biasa mama tak betah melepak d rumah aja.. rasa macam ada perkara belum sempurna... Jom.. mama kata ,Babah tanya, nak gi mana... Ala , siap masuk kereta nanti kita fikir...



Akhirnya kami ke Pantai Murni ( tak murni pun) pasirnya berkelodak, penuh ngan ikan belacak... memang tak boleh mandi pun, cuma boleh lepaskan lelah dan tekanan dengan menikmati deruan angin aje... bolehlahhhhhh




Kalau nak tengok sunset pun bolehlah... tengoklah matahari jatuh dari atas kepala babah... mama nak makan mi goreng dan air laici...kakak dan abang order nasi goreng pataya...angah pun nak mi goreng... Babah ,order mi bandung..tapi belum sempat mi habis .. kami dah lari..takuttttt, tetiba aja angin ribut datang..buatnya TSUNAMI... nauzubillah.

Tengoklah muka anak-anak mama yang baru bangun tidur..Adik paling teruk... Siap nangis dalam kereta kerana masih mamai... tak kira, jalan juga..




Malam pula Abang tuntut kasut roda, apa pasal mama kena bagi hadiah pun tak tahu, tiada pun dalam agenda untuk bulan ni...Mama biar aja babah ikut kehendak anak-anak... Semuanya sibuk memcuba.. Angah pula mengaku dia dah pandai guna kasut roda tu..okey, mama nak tengok...




Akhirnya mama ngamuk, kenapa? Angah yang konon dah pandai.. dari mula pakai cuma berdiri tegak di situ... Abang plak kena dipegang oleh Babah sampai terkangkang-kangkang... dan paling trauma, bila adik jatuh terduduk dengan kuat semasa cuba berdiri... Maka sebelum ada yang cedera parah dan berparut, baik tak payah.... semua nya balik dengan muka mencuka... Ala...kejap aja.. biarlah..




HASLINACHEHAT MENULIS