Friday, April 9, 2010

SKSPK-BADAN KEBAJIKAN GURU 2010

Kelab BKJ mengadakan menyuarat pertama untuk tahun 2010 pada hari Ahad, 4 april dalam suasana yang cukup santai dan selesa... Yalah, sebelum mesyuarat dimulakan,ada jamuan makan tengah hari sumbangan guru-guru yang dilantik ke DG 41...GENDANG-GENDUT, TALI KECAPI.. KENYANG PERUT, SUKA HATI.... Tahniah dan terima kasih untuk mereka.



Pn. Jasmin selaku pengerusi kelab, sedang mengendalikan mesyuarat seprofesional yang mungkin... Pada I kira sudah membanggakanlah bila guru wanita dinobatkan sebagai pengerusi, bukan apa, sudah realiti zaman sekarang, guru wanita mendominasi dunia perguruan... memang selayaknyalah wanita juga menerajui semua peringkat yang ada dalam bidang perguruan... spesies yang nak pupus tu bukan tak layak.... cuma kurang layak! Jangan mareeee....hehe..





Sebahagian guru yang hadir mesyuarat... penuh perhatian demi kebajikan diri sendiri...hehe.. Yalah badan kebajikan guru dan staf bukan anak murid.. jadi kena la dengar betul-betul... Yang tiada dalam mesyuarat, janganlah pula tak puas hati dengan keputusan mesyuarat... hehe... PAGI-PAGI MAKAN PENGAT, SENDIRI MAU INGAT LA..



I pula masa ni baru nak tambah air utk kali ke-3.... dah kena undi untuk baju uniform sekolah.... EEEE... mana boleh tertinggal, nanti nak kena pakai uniform sekolah plak.... eeeeeeeeeeee... tak suka la I, dok kena pakai pakaian ikut pilihan orang lain... selera masing-masing mana sama... sebab itu lah tak boleh dok belasah sama rata macam tu... kalau I suka biru mungkin orang lain berkenan dengan warna ungu.... kalau i suka jalur, mungkin orang lain suka belang... kalau I suka kain kapas, mungkin orang lain suka kain sutera.... tetiba plak nak paksa pakai serupa atas dasar nak nampak kesepakatan.... Alah sepakat datang mengajar ikut masa yang ditetapkan sudahlah... ini datang sekolah pun ikut suka masing-masing...Apa kes?


Cuba tengok dalam gambar ni....Cikgu Emam pun boleh tersesat dalam kumpulan guru wanita... pilihan dia la kan..? Bila hati suka, semua akan jadi baik dan cantik.. tapi bila sibuk nak letak kosmetik diluar lebih -lebih dari pengisian dalaman maka kesepakatan akan makin robek dan hasilnya akan lebik jelik... sebab masing-masing rela dalam terpaksa... Susah nak suruh orang lain buat pilihan ikut kehendak yang sama ngan kita... sebab masing-masing ada pelbagai kecenderungan... Takkan tak tahu pasal kecerdasan pelbagai..Sebab tu murid-murid yang kita ajar pun kena guna pelbagai kaedah sesuai ngan kebolehan mereka..bukan boleh bantai dan belasah cara yang kita suka aja.... Itu baru pasal kecerdasan, belum lagi I membebel pasal parti politik..... Walaupun gaji dibayar oleh kerajaan pusat... tapi Najib tak pernah pun datang sekolah dan paksa cikgu-cikgu pilih BN ...Pilih lah mana-mana parti pun PAS , PKR,DAP ataupun parti tupperware....hehehe..dapat juga gaji... Yang penting ngajar dengan sepenuh hati ... !!!!!



Ni bebudak praktikum dari IPSAH yang datang selama sebulan... baik bebudaknya... datang 4 orang... 2 ,pengajian agama... 2 ni pengajian seni.. kira part lukis melukis tu berbakat besar lah, ...tertib n penuh sopan santun aje semua 4 dara ni.. kalau jadi guru tetap nanti I jamin boleh jadi guru yang cemerlang... kalau ada yang berkenan utk urusan peribadi pun sesuai... datang lah ke SKSPK... boleh I kenalkan tapi tak jaminlah permohonan anda diterima... cuma mungkin dipertimbangkan...hehe





HASLINACHEHAT MENULIS

No comments:

Post a Comment