Aktiviti biasa setiap hujung minggu ... mesti diisi dengan jalan-jalan.. alaaa, kalau berjalan bukan bermakna kena pergi jauh-jauh.... isi minyak , lepas tu pilihlah lokasi yang paling menarik yang ada... kalau hari-hari masuk tesco pun muak juga... beli gula sekilo, gi tesco.. beli beras sekampit ,gi tesco... nak bayar bil, gi tesco... eeeeeeeeeeeeeee..muak la..
Kali ni kita ronda-ronda ke Pantai Merdeka... lama dah tak gi.... sampai aja di sana... terkezzzut kami suami isteri.... nengokkan tempat parking yg lapang dan bertar.... ada plak tempat makan yang dah di naik taraf hingga 3 bintang.... yang paling happening... ada chalet.... laaaaaaaaaaaa... bila tumbuh...hehe. nampak sangat kami ketinggalan..
Sambil main-main di gigi air... anak-anak kutip benda-benda yang nampak ajaib pada mata depa... ni salah satunya... angah jumpa ketam.... boleh la masak lemak cili ya NGAH...
Babah ngan mama saja buat aksi separa romantik depan sinar suria petang yang memancar dengan indahnya.... sesiapa yang berhajat nak menikmati mentari petang .. amat sesuai dan digalakkan.. hehe.. kalau malas nak balik, boleh tido d chalet... angin ... jangan cakaplah... memang menyamankan... menderu-deru... bukan sepoi-sepoi bahasa lagi... kiranya musim ribut la gamaknya...
Lihatlah anak-anak mama yang gembira sepenuh hati di tepian pantai.. walaupun pantai ni tak sesuai untuk berenang sebab airnya yang kelabu semacam aja... tapi masih memberikan kegembiraan pada mereka dengan keindahan semulajadinya... agaknya bila anak-anak mama dah dewasa, apalah nak jadi dengan Pantai Merdeka ni....
Dah maghrib... cukuplah sepetang di sini... kalau umur panjang kita datang lagi... datang awal sikit .. boleh lepak lama sikit... ini tak sampai sejam pun...nanti kita datang makan mi plak... boleh kita pantau servis d gerai makanan yang dah di naiktaraf tu...mungkin ada cerita menarik yang kita boleh kongsi nanti...
HASLINACHEHAT MENULIS
No comments:
Post a Comment