Saturday, May 1, 2010

MANGGA NAN SEBATANG..

Kata orang berbudi kepada tanah pasti padi yang dituai.... tapi bila melihatkan tanah sekangkang kera yang I ada, maka tak dapatlah nak menuai padi..hehe
Tapi kalau setakat nak makan lengkuas, kucai, cili, daun kari, limau purut, serai ,pandan dan halia... memang tak yah susah-susah beli..lepas la kalau nak memasak untuk hidangan keluarga..


kali ni nak cerita pasal pokok mempelam @mangga yang babah tanam semasa kami sekeluarga berpindah balik ke Kedah...Anak pokok pun Tok Yam yang hadiahkan.. Mak mertua I kalau sebut ja nak tanam pokok, memang dia yang teruja.. mesti dia usahakan benihnya.... pencinta flora la katakan.. tu sebab keliling rumah mertua penuh ngan berbagai spesies tumbuhan...



Dah masuk 3 tahun kami pindah dan bermakna umur pokok mangga ni pun dah berusia 3 tahun... tapi tak de tanda-tanda nak berbunga langsung...maka Babah dah pasang hajat nak tebang aje... mak oiii.. sampai hati.. walaupun pokok ni tak berbuah, tapi daunnya lebat..tak berhenti-henti keluar pucuk... dah banyak jenis baja yang kami bubuh... masih tak berubah..



I teringat buku fiksyen yang I baca mengenai pokok yang perlu di belai macam makhluk bernyawa yang lain... jadi I pun selalu gak berbual ngan pokok ni masa berborak ngan anak-anak waktu petang-petang.. Si Baby pun dah boleh panjat pokok ni... kira dah berjasa jugalah... walaupun tak berbuah ,sekurang-kurangnya Ia jadi tempat berteduh dan yang paling penting ...oksigen yang telah Ia sumbangkan.. jadi I tak benarkan Babah tebang pokok mangga nan sebatang ni....


Akhirnya minggu lepas semasa I angkat pakaian ...I nampak beberapa kudup bunga kecil keluar... apalagi... I offer RM1 untuk anak-anak jika mereka dapat cari n tunjukkkan di mana bunga mempelam yang I jumpa... dan Aieman berjaya memenangi wang tersebut..(yang sebenarnya I jumpa dari poket seluar dia masa nak rendam pakaian untuk basuh)... Babah cakap,siapa jumpa duit, orang tu punya..( kes anak-anak asyik sepahkan duit rata-rata)




Wajah bunga mempelam yang pada pendapat I amat indah..Indah. ... kerana inilah hasil tangan Babah di atas tanah milik kami yang terdaya kami miliki.. Indah kerana tak sabar nak melihat bunga mempelam ini bertukar menjadi buah... dan Indah kerana nak melihat buah mempelam jenis apa yang telah kami tanam ini..




HASLINACHEHAT MENULIS

No comments:

Post a Comment