Tuesday, May 4, 2010

TETAMU TAK DIUNDANG...

Inilah tetamu yang setiap pagi dan petang setia menunggu di dapur rumah mama....
Mama sendiri tak tahu dari mana asalnya... sedar-sedar dia dah berada di bahagian belakang rumah... bila mama buka aja tingkap waktu pagi, dia pasti menunggu dengan penuh pengharapan... Kalau-kalau ada rezeki untuknya hari tu...





Masa mula dia tengok muka mama, dia diam ajaaaa...... apa pun tak berbunyi....
Ala-ala malu-malu kucing gituuuuu...lama-lama bila dah selalu mama tegur dia, pandai plak dia menjawab... Sekarang ni setiap kali mama buka tingkap dapur, dia yang selalunya berbaring menunggu mama akan tegur mama dulu... kalau mama jawab, dengan pantas dia akan bangun dan berbual ngan mama... Tak payah lah nak hairan tentang apa yang kami sembangkan... kucing pun makhluk ALLAH juga... Ia pun ada perasaan..Dan yang pasti Ia tahu dengan siapa dia boleh meminta..



Tak pernah pun dia minta lebih... apa sahaja yang mama beri, Ia terima dengan penuh kesyukuran... Paling penting .. apa yang Ia makan tu tak perlu pun mama susah-payah keluarkan wang untuk membelinya... maksud mama, Ia tak minta Friskies @ Whiskes... Cukup sekadar perut ikan, lemak ayam, tonggeng ayam, kepala ikan dan benda-benda yang sewaktu dengannya....




Mama selalu cakap pada anak-anak, benda yang kita buang pun boleh jadi rezeki makhluk lain... jadi tak perlu lah nak marah kalau ada kucing gelandangan yang minta makanan dari kita...kalau ada , kita bagi... kalau tak ada, dia pun tak mengata kita... cuma cakap aja baik-baik... "sori, hari ni kami pun tak makan lagi"...hehe... jangan risau, dia faham la bahasa Melayu.... kalau cakap bahasa Inggeris pun dia faham... Tak percaya? Terserah...




Ini aksi-aksi yang mama rakamkan selepas lambung leher ayam pada dia.... tak beli ikan, jadi tak ada la perut ikan hari tu.... lemak ayam pun tak banyak.... kesian pula sebab dia asyik minta lagi... agaknya tak kenyang...
Satu yang pasti, sejak kehadiran tetamu ini, kami tak perlu lagi bimbang bau busuk perut ikan kalau lori sampah tak kutip sampah di belakang, sebab tak sempat nak jadi sampah punnnnn...




Babah pun dah mula pandai berbual ngan kucing ni... oh ya.. nama belum bagi, bimbang juga kalau bagi nanti dia ingat kami tuan dia... malas la nak terikat... cukuplah BLACKNOSE seekor...Seminggu Babah cuti ngasuh anak-anak, kucing ni dah mula berbual ngan Babah...hehe... Babah pun dah boleh menguasai bahasa kucing... meowwwwww..nanti mama boleh buat tuisyen...bayarannya, sejam sekilo ikan kembung.... boleh sedekah pada tetamu lain... banyak lagi sebenarnya...
HASLINACHEHAT MENULIS

No comments:

Post a Comment