Dalam dunia serba pantas ni ,kekadang nak cari masa untuk masak dan makan sekali ngan famili pun terkejar-kejar... Urusan rumahtangga tak pernah selesai..kalau disenaraikan kerja yang menimbun tu pasti ramai yang tak mahu kahwin... Kekadang cemburu ngan surirumah sepenuh masa yang punya waktu untuk keluarga dengan sempurna... tapi bila fikir balik tak sangguplah nak jadi surirumah sepenuh masa yang terpaksa melayan dan nengok muka anak-anak aja ..I bukan jenis yang tahan sabar...macam makan nasi pun kalau hari-hari lauk yang sama... mesti muntah hijau... yerkkkk..
Nak siapkan makan tengah hari seringkas ni pun perlukan banyak masa dan komitmen.... sebab tu lah gamaknya makin ramai isteri dan ibu hari ni yang simpan periuk dalam almari ja.... beli lagi senang kan?... Tunjuk aja dapat 2,3 jenis lauk...I pun selalu buat gitu masa anak-anak masih kecil... tapi sejak anak-anak makin membesar dan dah boleh tolong buat kerja.... mulalah I rasa orang masak tak sedap, bimbang makanan tu tak d jaga kebersihannya... basuh tak cuci dan macam-macam sebab lah..
Anak jantan Mama sorang yang semuanya dia nak tolong... semua dia nak buat... tak pa ,katanya.. Abang dah pandai... paling pandai menyidai dan mengangkat baju dari ampaian... kira tu kerja harian dia la...Tapi bila Mama masuk dapur, dia pun nak nyibuk, jadi Mama beri dia kerja yang paling mencabar...hehe... tumbuk bawang untuk buat sumbat cencaru... Apalagi...huhu.." mata Abang nangis tapi Abang bukan nak nangis"...
HASLINACHEHAT MENULIS
No comments:
Post a Comment