Hujung minggu, seusai Asar, macam biasa mama tak betah melepak d rumah aja.. rasa macam ada perkara belum sempurna... Jom.. mama kata ,Babah tanya, nak gi mana... Ala , siap masuk kereta nanti kita fikir...
Akhirnya kami ke Pantai Murni ( tak murni pun) pasirnya berkelodak, penuh ngan ikan belacak... memang tak boleh mandi pun, cuma boleh lepaskan lelah dan tekanan dengan menikmati deruan angin aje... bolehlahhhhhh
Kalau nak tengok sunset pun bolehlah... tengoklah matahari jatuh dari atas kepala babah... mama nak makan mi goreng dan air laici...kakak dan abang order nasi goreng pataya...angah pun nak mi goreng... Babah ,order mi bandung..tapi belum sempat mi habis .. kami dah lari..takuttttt, tetiba aja angin ribut datang..buatnya TSUNAMI... nauzubillah.
Tengoklah muka anak-anak mama yang baru bangun tidur..Adik paling teruk... Siap nangis dalam kereta kerana masih mamai... tak kira, jalan juga..
Malam pula Abang tuntut kasut roda, apa pasal mama kena bagi hadiah pun tak tahu, tiada pun dalam agenda untuk bulan ni...Mama biar aja babah ikut kehendak anak-anak... Semuanya sibuk memcuba.. Angah pula mengaku dia dah pandai guna kasut roda tu..okey, mama nak tengok...
Akhirnya mama ngamuk, kenapa? Angah yang konon dah pandai.. dari mula pakai cuma berdiri tegak di situ... Abang plak kena dipegang oleh Babah sampai terkangkang-kangkang... dan paling trauma, bila adik jatuh terduduk dengan kuat semasa cuba berdiri... Maka sebelum ada yang cedera parah dan berparut, baik tak payah.... semua nya balik dengan muka mencuka... Ala...kejap aja.. biarlah..
HASLINACHEHAT MENULIS

No comments:
Post a Comment