HASLINACHEHAT MENULIS
Wednesday, May 26, 2010
HARI IBU 2010.
HASLINACHEHAT MENULIS
Thursday, May 20, 2010
HARI GURU 2010
Dan seperti tahun-tahun yang berlalu ,guru-guru cuma berkongsi kemusykilan sesama sendiri.. yelah... siapa yang mampu mengutarakan ? dan kemana nak diutarakan? semuanya tak tahu... maka selepas wang dibawa pergi oleh pihak pentadbir dan dihantar ke PPD..semuanya melupakan.... dengan andaian mudah, biarlah... kita tak miskin pun dengan RM3 tu....
Mungkin wang tersebut digunakan untuk memberi sumbangan pada tokoh-tokoh guru yang dipilih saban tahun.... jadi tak palah... asal saja ada perkara baik yang dilakukan dengan wang RM3 kita tu..
Maka bermula lah sambutan hari guru yang dirancang oleh guru-guru sendiri...bermula dengan tema pakaian yang dicipta untuk memeriahkan suasana hinggalah ke acara hiburan dan permainan untuk guru-guru sendiri..dan paling menghibakan bila hadiah pun adalah wang sumbangan guru sendiri...kiranya sendiri beli hadiahlah...tapi selagi kita bernama guru... semuanya kita telan dengan harapan ada ganjaran besarrrrr untuk kita di sana nanti...
Sesiapa yang menjadi guru pasti akan mengingati lagu keramat yang acap tahun dinyanyikan setiap kali tibanya sambutan hari guru....rasanya tanpa perlu melihat lirik pun , setiapbait ayat sudah berada dalam minda dan hati kita....
KAMI GURU MALAYSIA..BERIKRAR DAN BERJANJI ,MENDIDIK DAN MEMIMPIN ,PUTRA-PUTRI NEGARA KITA...
Dan terkini ada yang mempertikaikan bahawa lirik lagu tersebut tidak sesuai untuk guru-guru beragama islam.kononnya boleh memesongkan akidah...Pirahhhhhh..agaknya yang bercakap tu, menganggap guru-guru selain dia...sebelum ni semuanya terpesong la akidahnya...zalim benar manusia itu..
Selalunya acara permainan bila hari guru, tak pernah lari dari acara sukaneka... dan kalau adapun yang selalu diadakan adalah perlawanan bolajaring dan bola sepak antara guru melawan murid... tapi d SKSPK , murid memang tak dak peluang langsung untuk mengacau guru bersukaria.... yalah... hari guru... guru la main... murid plak cuma boleh ambik bahagian sebagai penonton...
HASLINACHEHAT MENULIS
Tuesday, May 4, 2010
TETAMU TAK DIUNDANG...
Monday, May 3, 2010
HUJUNG MINGGU YG TAK BERPENGHUJUNG
Anak jantan Mama sorang yang semuanya dia nak tolong... semua dia nak buat... tak pa ,katanya.. Abang dah pandai... paling pandai menyidai dan mengangkat baju dari ampaian... kira tu kerja harian dia la...Tapi bila Mama masuk dapur, dia pun nak nyibuk, jadi Mama beri dia kerja yang paling mencabar...hehe... tumbuk bawang untuk buat sumbat cencaru... Apalagi...huhu.." mata Abang nangis tapi Abang bukan nak nangis"...
HASLINACHEHAT MENULIS