Monday, July 27, 2009

PESTA DURIAN D SKSPK

Dewi Durian sejati sedang melakukan acara pecah bibir dengan ulas durian bersaiz KING .Kalau Cikgu Rosnah marah sebab bilik SPBT bersepah dan berbau , sila jumpa Cikgu Dewi sebab dia yang bertanggungjawab.
Ayu dan anggun sekali gaya simpuh Cik Nan. Lentik jarinya memegang ulas durian membuatkan Cik Zul kuyu terpukau!

Ini hasil sentuhan tangan Cikgu Rashid. Buah tercantik dengan rasa serta aroma asli buah durian. Bukan sekadar kucing tido, kucing mengeliat pun ada sekali.


Inilah tokey durian yang bertanggungjawab keatas kes-kes kenyang durian dan buah-buahan tempatan yang lain.. Sedang berbincang dengan guru besar Pra sekolah untuk kemungkinan mengadakan Fiesta Durian peringkat Pra sekolah plak... Objektifnya tentulah agar murid-murid didedahkan dengan bau doyan sejak umur 6 tahun lagi.Paling penting teknik membelah durian perlu dikuasai sejak peringkat pra sekolah agar mudah mak dan ayah santap!!!



Hai.. tambah nampak... Badan nampak kecik aja tapi selera boleh tahan! Jaga sikit makan tu, kolestrol & darah tinggi tak kira saiz badan kalau dia nak singgah.Kalau tak mahu lepas makan durian badan panas, jangan lupa minum air dalam pangsa durian.. Itu pesan orang tua la. Mujarab atau tidak ,sendiri mesti cuba la! Saya tolong syorkan aja..











Tu yang pakai baju merah tu jeles la tu... Sherry aja yang Sela suap. Dia pun nak disuap juga walaupun kulit rambutan & biji durian dah penuh membukit... Kalau suap lagi mesti terbarai tengah jalan tak sempat jumpa pintu tandas punyalah!






ERKKKK!!! Alhamdulillah, kenyang... terimakasih daun keladi pada insan-insan yang dermayan(derma durian)tahun depan dimurahkan rezeki dapat lah menjamu dan kami merasa lagi .Jangan serik ya ..







HASLINACHEHAT MENULIS

Monday, July 20, 2009

KARNIVAL PRA SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA 2009




HASLINACHEHAT MENULIS-HARI KHAMIS,16HB JULAI 2009 telah berlangsung Karnival Pra Sekolah Zon 2, Daerah Kuala Muda di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil (SKSPK) . Anak-anak kecil berusia dalam lingkungan 6 tahun dari seluruh zon 2 Kuala Muda mula berhimpun di Dataran SKSPK sejak pukul 8 pagi lagi... Pagi itu suasana di SKSPK meriah dan ceria.






Guru-guru pra sekolah semuanya komited dan prihatin dengan kerja masing-masing... buktinya, belum apa-apa mereka pastikan anak-anak ini diberi sarapan agar kenyang perut mereka.. barulah senang nak diurus!





Paling gah dalam karnival ini tentunya pentas utama pertandingan .. Usaha dan penat lelah guru bertanggungjawab memang patut dipuji.. Hasilnya pentas yang cantik dengan bajet yang amat ciput.... Harap-harap lain kali kalau ada lagi acara seperti ini nak diadakan ,pihak PPD perlulah pantau dan usahakan sedikit bajet... ini, semuanya dari sekolah yang dipilih sebagai tuan rumah ...mana Aci.





Demikian juga pentas-pentas untuk setiap pertandingan kecil yang lain... guru-guru yang diberi tanggungjawab bijak menyelesaikan masalah walaupun tiada sen yang diperuntukkan walaupun upah minum air... Tabik spring untuk semua guru-guru ini..







yang pasti Guru Besar pasti berpuashati dan bertuah kerana memiliki aset modal insan yang amat bijak bertukar rupa daripada seorang guru biasa menjadi pereka set, kreographer, tukang jahit langsir, tukang cat, pakar landskap dan seribu macam tugas lain yang bukan hakiki..







Itu belum lagi disebut kes angkut langsir dari rumah untuk backdrop... yang bahagian jamuan pula habis dibawanya gelas dan pinggan cantik untuk VIP.. yelah kalau disekolah, pinggan dan cawan plastik kantin ada le...





Paling membanggakan semuanya dilakukan secara percuma tanpa sebarang elaun cuma terpaksa minta halal dari murid-murid di kelas yang terpaksa ditinggalkan kerana guru-guru berlari kesana -sini untuk menyiapkan kerja... Minta halalkan gaji cikgu ya!










Thursday, July 16, 2009

FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA 2009




HASLINACHEHAT MENULIS- Tiba-tibanya minggu ini banyak panggilan telefon I terima bertanyakan mengenai lokasi rumah I.Tak sedar pula kami sekeluarga rupanya BANDAR LAGUNA MERBOK popular seluruh Malaysia.


Paling riuh anak-anak I la sebab nampak banyak papan tanda pasal FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA yang akan berlangsung dari 22 hingga 28 hb Julai nanti.. Mai la ramai-ramai... Kita tengok apa benda yang menarik dan menjana minda yang ada . Yang pasti setiap masa ,siang dan malam kawasan tapak karnival itu meriah dengan kerja-kerja depa..Kandang binatang pun dah tersedia oleh jabatan veterina...




Paling untung pada pendapat I ialah towkey HPA.Dapat promosi Radix FC percuma ke seluruh negara. Yelah... sebelah aja dengan tapak karnival. Mahunya untung juta-juta sempena karnival ni nanti.Homestay HPA yang ada sampai 20 buah di BANDAR LAGUNA MERBOK ni pun mesti laku punyalah... Seronoknya towkey HPA dan isteri-isterinya . Harap-harap mereka terus kaya raya dan dapat membantu muslim lain tapi mengira parti politik..




Cuma dalam dok tengok suasana meriah tu bimbang juga kami di sini... buatnya lalulintas sesak sepanjang karnival tu nanti, huru-hara kami nanti nak menguruskan aktiviti harian.. harap-harap semuanya tak lah seteruk masa pilihanraya kecil BUKIT SELAMBAU yang lepas. Walaupun cuma sehari tapi macam separuh nyawa melihat situasi kacaubilaunya... Ngeri pun ada bila ada yang terlebih fanatik.

Thursday, July 9, 2009

PPSMI DAN FAKTA


HASLINACHEHAT MENULIS.. . Dalam KOLEKSI artikel yang ditulis oleh JOHARI IBRAHIM, ANWAR HUSSIN, SYUHADA CHOO ABDULLAH, FAIZA ZAINUDDIN, SAUFI HAMZAH, AZRINA AZHAN, MOHD ANWAR PATHO RAHMAN, ROSNIZA MOHD TAHA, BASIR ZAHROM DAN FATIN HAFIZAH MOHD SAHAR akhbar BERITA HARIAN bertarikh - Khamis 9 Julai 2009 muka surat 6 dan 7 ada diselitkan graf mengenai pencapaian murid sekolah rendah dalam Bahasa Malaysia Pemahaman dan Inggeris UPSR mengikut lokasi... Paling terkesan di hati saya setelah membuat perbandingan secara ilmu guru sekolah rendah ini saya dapati penguasaan BI murid-murid luar bandar selepas PPSMI meningkat dengan ketara dan peningkatan itu masih tetap berterusan hingga ketahun 2008 berbanding sebelum tahun 2003.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah janganlah asyik melihat pucuknya tanpa dikaji dari akar pokok itu sendiri.. Anak-anak kawasan pedalaman seperti saya dahulu memang akan sentiasa ketinggalan dalam bahasa Inggeris kerana tiada guru yang benar-benar menguasai bahasa Inggeris yang mengajar kami.

Umum di Malaysia maklum, semua yang cekap berbahasa Inggeris datang dari bandar yakni guru Melayu bandar,guru India dan guru Cina . Mana mungkin guru-guru yang berasal dari bandar ini berkorban keselesaan hidup untuk masuk dan hidup di kawasan-kawasan jin bertandang itu.Kalau guru Melayu bandar sendiri tak sanggup apatah lagi guru-guru India dan Cina .. Mana mungkin mereka berkorban untuk anak-anak bangsa lain . Hidup pula di kawasan yang bukan dikelilingi adab dan budaya serta cara hidup mereka. Guru -guru Melayu sendiri majoritinya tidak akan selesa mengajar disekolah Tamil @ Cina kecuali terpaksa.. Mana ada yang memohon kesekolah tersebut secara sukarela.

kalau ada pun mesti ada kes-kes istimewa!!!!!! jangan nak menipu ya .. Intergriti perlu sentiasa dijaga.

Anak-anak produk PPSMI sejak 2003 dari sekolah rendah yang saya temui meluahkan ketidakpuasan hati mereka kerana terpaksa belajar semula dalam BM. Saya faham kesulitan mereka. Ianya umpama diri saya yang mahir menguasai BM tetapi berusaha untuk menguasai BI. Setelah berpuashati dan agak mahir( sesuai dengan tahap dan keperluan ) terpaksa pula kembali ke asal. Bahasa Inggeris sebenarnya tidak sukar.. Hanya pengulangan ayat-ayat.

Anak-anak ini sebenarnya tanpa sedar telah menguasai BI tanpa pun mereka sedar!!! Kalaupun mereka belum dapat bertutur sepenuhnya dalam BI, hanyalah kerana tiada ahli keluarga mereka sendiri yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan mereka. Jadi tiada praktikal berbanding anak-anak yang memang berkomunikasi dalam BI dirumah tapi percayalah mereka ini jika disekolah menengah mampu menguasai MATEMATIK dan SAINS dengan jayanya, pasti akan berupaya menjadi saintis dan pakar-pakar hebat malah adalah tidak mustahil rakyat Malaysia akan dapat mencipta roket sendiri pada depan dan tak perlu lagi menumpang aja.

Satu perkara yang saya amat pasti adalahmurid-murid saya mampu mencari maklumat dari Internet sendiri untuk tujuan pembelajaran hanya dengan sedikit bimbingan dan seliaan. Mereka melihat BI hanya perkara mudah walaupun banyak perkataan yang mereka tidak fahami, mereka tahu menyesaikan masalah mudah itu dengan hanya mencari maksudnya juga dengan bantuan internet.Dengan keyakinan ini juga saya pasti murid-murid produk PPSMI ini tidak akan membawa masalah lepak di kafe internet untuk bermain game dan melayari lamanweb lucah sahaja, kerana mereka mampu mencari maklumat yang lebih berguna untuk diri mereka berbanding murid-murid yang tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi cuma pandai menaip perkataan yang lucah!

Atas perkara inilah saya memohon semua pihak melihat pendidikan ini dengan fikiran yang terbuka dan positif. Bahasa Melayu tidak akan hilang dari dunia ini kerana bukan semua akan menjadi pakar Matematik dan Saintis .. Hanya orang bijak sahaja... Kerana bahasa apapun tidak perlukan akal yang hebat ., Ianya cuma pengulangan ayat-ayat yang sama setiap hari tetapi Matematik dan Sains perlukan orang-orang yang hebat akalnya.Percayalah.

Saya mohon janganlah dicampuradukkan politik dalam pendidikan kerana bimbang nanti menang sorak kampung tergadai.Saya yakin walaupun isteri dan anak menantu DR.Mahathir masih tidak bertutup kepala mereka..DR.M masih akan mendapat tempat indah di Syurga kelak kerana idea PPSMI yang disyorkan beliau bukan hanya faktor politik tapi untuk kelangsungan bangsa dan agama.

PPSMI TIDAK MENYUSAHKAN

HASLINACHEHAT MENULIS..... Sukarnya menjelaskan betapa sedihnya rasa hati saya sebagai guru Bahasa Melayu yang berjuang untuk menguasai Bahasa Inggeris demi kerana cemburu melihat anak-anak kecil bukan melayu yang saya ajar ketika mula menjejakkan kaki di Kajang, Selangor begitu petah berbahasa Inggeris...
Sebagai guru bahasa Melayu, saya terpaksa untuk terjemahkan perkataan bahasa melayu yang mereka tidak faham dengan bahasa Inggeris... Maka situasi ini telah MEMAKSA saya untuk belajar memotivasikan diri sendiri baahawa bahasa Inggeris hanya sekadar bahasa.. tiada yang sukar sebenarnya , hanya pengulangan ayat untuk menjadika kita mahir... Mudahnya!!!!!!
Selepas 12 tahun di Kajang,saya rasa penuh yakin untuk berbahasa Inggeris dan diberi kepercayaan untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) Abakus yang menyampaikan ilmu-ilmu abakus dalam bahasa Inggeris sepenuhnya... Saya merasa amat gembira dan yakin dengan diri sendiri.
Apabila PPSMI diperkenalkan saya dan rakan-rakan yang yakin dengan keupayaan diri sendiri ini menawarkan diri sebagai guru-guru perantis PPSMIdemi menyahut seruan idola saya DR.MAHATHIR yang mengesyorkan PPSMI pada 2002. Saya yang ketika itu mempunyai bayi kecil dan masih menyusu tidak merasa terhalang untuk menghadiri kursus kemana-mana yang diarahkan. Seminggu di Genting Hihgland, Seminggu di Melaka... .
Saya keluarkan lebih belanja untuk bilik hotel sendiri...Anak-anak kecil saya bawa bersama suami yang terpaksa bercuti demi kerana perlu menyusu bayi.. walaupun penat terkejar-kejar antara kursus dan keluarga ,saya rasa teruja kerana selepas ini saya yakin anak-anak bangsa saya akan melihat bahasa Inggeris cuma perkara biasa dalam hidup mereka, tidak seperti saya semasa kecil yang mengganggap BI ini terlalu asing... apatah lagi saya datang dari kawasan pedalaman .
Indahnya pengalaman itu,sukar untuk digambarkan sebagaimana sedihnya hati ini apabila menteri Pelajaran baru, Muhyidin menamatkan PPSMI pada 2012 nanti... ALLAHHUAKBAR!
Geram mengenangkan laporan yang menyebut kajian telah dilakukan keatas murid-murid Tingkatan Dua yang menjadi sampel kajian Trend in International Mathematic and Science Study (TIMSS2007) oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill , Massachusetts, Amerika Syarikat... Berdasarkan kajian 59 negara itu, menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot.. Ini yang ditulis dalam kolum MINDA PENGARANG BERITA HARIAN - Khamis 9 Julai 2009.
Masyaallah .....Murid-murid hasil produk PPSMI sepenuhnya berada dalam tingkatan Satu pada tahun 2009 ini..... Kajian mutlak hanya boleh dilakukan pada mereka ini.. Barulah boleh buat keputusan.. Lagipun kajian dari orang yang memang secara terang-terangan amat membenci orang lain lebih kedepan daripada mereka perlulah ada sedikit perasaan curiga. Siapalah yang kurang bijak disini.. Ada sesiapa yang mahu tolong jawab.

Saturday, July 4, 2009

AIR PANAS ULU LENGGONG














































HASLINACHEHAT MENULIS- Selepas sekeluarga sudah kenyang perut dan selesai solat jumaat... kaki I mula tergaru-garu nak berjalan .. ke mana nak di tuju? Tanya babah... I kata , jom kita jalan-jalan ke Baling.... I ajak anak-anak... ada yang tak nak ikut ,sila duduk di rumah... kalau TOYOL datang, mama tak tau ya...sempat lagi I nyakat.



Anak-anak I sanggup duduk rumah kalau tempat yang nak dituju dirasakan boring... Kita yang jadi ibubapa yang bimbang.Akhirnya semua tak menolak apabila I kata " Air panas tu boleh rebus telur". semua tak sabar nak tengok tempat tu.




Setengah jam perjalanan , si handsome sorang tu mula membebel.." hutan aja , tak dak pun supermarket besar-besar..." I malas nak jawab, sebab penat ngasuh baby.. Tapi sepanjang hutan-hutan tu, banyak juga orang jual durian tapi drebar yang kat depan tu tak nampak terliur pun jadi I malaslah nak suruh berhenti tanya..sampai aja di pekan Baling I ternampak pasaraya LONGWAN....terus I cakap pada anak2," tu ada supermarket besar.Dia punya sengih sampai nampak semua gigi.... keciknya!



Masa sampai sana kebetulan ada sebuah bas rombongan penuh nyonya-nyonya tua nak masuk ke kawasan air panas tersebut.. ramai juga pelawat ya.. Tempat ulu macam tu pun ada orang sampai, kira ok lah .




Jadi, kalau ada yang nak cuba melawat kawasan Baling, dipersilakan ..Anda tak akan kecewa dengan situasi di sini ...Pada I yang pertama kali melawat tempat ni " semuanya OK aja .. tapi semua kena faham ya... I dan keluarga pergi selepas makan , jadi perasaan lapar tidak mempengaruhi penilaian.



Masa dalam kawasan air panas ,I telefon sepupu yang tinggal dan mengajar di Baling, kalau dia ada boleh lah singgah masa nak balik nanti...tapi dia balik rumah ibubapa di Alor Setar... Dia kata " ada orang cakap penyakit hilang selepas berendam manakala ada pula yang kata ,depa dapat penyakit selepas berendam di situ....PULAK!!!!!



Dah tu macam mana ni ... Akhirnya anak-anak I cuma rendam kaki aja ....he.he.. bimbang juga!

















Thursday, July 2, 2009

SI CANTIK MANIS





















HASLINACHEHAT MENULIS .... INI SICANTIK YANG MERUPAKAN ANAK KE 4 DALAM FAMILI... SENTIASA MANIS N MENAWAN HATI KELUARGA.


NAMA PENUH ; AIEFA NUR NAFIRA BT ROSLAN

PANGGILAN ; ADIK( KES ...INGAT INI YANG BONGSU )


TARIKH LAHIR; 15.12.2005


MAKANAN ; PALING SUKA MAKAN GARLICBREAD CICAH MUSHROOM SUP..

Wednesday, July 1, 2009

HASLINACHEHAT N FAMILI


SI MANIS KE -4 DAN ANAK KELIMA DALAM FAMILI YANG PALING CERDAS....MANJANYA AMBOI....MUNGKIN DIA YANG BONGSU AGAKNYA..
NAMA PENUH : AIERINA NUR NALISA BT ROSLAN
PANGGILAN : BABY
T. LAHIR : 30.7.2008