HASLINACHEHAT MENULIS..... Sukarnya menjelaskan betapa sedihnya rasa hati saya sebagai guru Bahasa Melayu yang berjuang untuk menguasai Bahasa Inggeris demi kerana cemburu melihat anak-anak kecil bukan melayu yang saya ajar ketika mula menjejakkan kaki di Kajang, Selangor begitu petah berbahasa Inggeris...
Sebagai guru bahasa Melayu, saya terpaksa untuk terjemahkan perkataan bahasa melayu yang mereka tidak faham dengan bahasa Inggeris... Maka situasi ini telah MEMAKSA saya untuk belajar memotivasikan diri sendiri baahawa bahasa Inggeris hanya sekadar bahasa.. tiada yang sukar sebenarnya , hanya pengulangan ayat untuk menjadika kita mahir... Mudahnya!!!!!!
Selepas 12 tahun di Kajang,saya rasa penuh yakin untuk berbahasa Inggeris dan diberi kepercayaan untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) Abakus yang menyampaikan ilmu-ilmu abakus dalam bahasa Inggeris sepenuhnya... Saya merasa amat gembira dan yakin dengan diri sendiri.
Apabila PPSMI diperkenalkan saya dan rakan-rakan yang yakin dengan keupayaan diri sendiri ini menawarkan diri sebagai guru-guru perantis PPSMIdemi menyahut seruan idola saya DR.MAHATHIR yang mengesyorkan PPSMI pada 2002. Saya yang ketika itu mempunyai bayi kecil dan masih menyusu tidak merasa terhalang untuk menghadiri kursus kemana-mana yang diarahkan. Seminggu di Genting Hihgland, Seminggu di Melaka... .
Saya keluarkan lebih belanja untuk bilik hotel sendiri...Anak-anak kecil saya bawa bersama suami yang terpaksa bercuti demi kerana perlu menyusu bayi.. walaupun penat terkejar-kejar antara kursus dan keluarga ,saya rasa teruja kerana selepas ini saya yakin anak-anak bangsa saya akan melihat bahasa Inggeris cuma perkara biasa dalam hidup mereka, tidak seperti saya semasa kecil yang mengganggap BI ini terlalu asing... apatah lagi saya datang dari kawasan pedalaman .
Indahnya pengalaman itu,sukar untuk digambarkan sebagaimana sedihnya hati ini apabila menteri Pelajaran baru, Muhyidin menamatkan PPSMI pada 2012 nanti... ALLAHHUAKBAR!
Geram mengenangkan laporan yang menyebut kajian telah dilakukan keatas murid-murid Tingkatan Dua yang menjadi sampel kajian Trend in International Mathematic and Science Study (TIMSS2007) oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill , Massachusetts, Amerika Syarikat... Berdasarkan kajian 59 negara itu, menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot.. Ini yang ditulis dalam kolum MINDA PENGARANG BERITA HARIAN - Khamis 9 Julai 2009.
Masyaallah .....Murid-murid hasil produk PPSMI sepenuhnya berada dalam tingkatan Satu pada tahun 2009 ini..... Kajian mutlak hanya boleh dilakukan pada mereka ini.. Barulah boleh buat keputusan.. Lagipun kajian dari orang yang memang secara terang-terangan amat membenci orang lain lebih kedepan daripada mereka perlulah ada sedikit perasaan curiga. Siapalah yang kurang bijak disini.. Ada sesiapa yang mahu tolong jawab.
Thursday, July 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment