Thursday, July 9, 2009

PPSMI DAN FAKTA


HASLINACHEHAT MENULIS.. . Dalam KOLEKSI artikel yang ditulis oleh JOHARI IBRAHIM, ANWAR HUSSIN, SYUHADA CHOO ABDULLAH, FAIZA ZAINUDDIN, SAUFI HAMZAH, AZRINA AZHAN, MOHD ANWAR PATHO RAHMAN, ROSNIZA MOHD TAHA, BASIR ZAHROM DAN FATIN HAFIZAH MOHD SAHAR akhbar BERITA HARIAN bertarikh - Khamis 9 Julai 2009 muka surat 6 dan 7 ada diselitkan graf mengenai pencapaian murid sekolah rendah dalam Bahasa Malaysia Pemahaman dan Inggeris UPSR mengikut lokasi... Paling terkesan di hati saya setelah membuat perbandingan secara ilmu guru sekolah rendah ini saya dapati penguasaan BI murid-murid luar bandar selepas PPSMI meningkat dengan ketara dan peningkatan itu masih tetap berterusan hingga ketahun 2008 berbanding sebelum tahun 2003.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah janganlah asyik melihat pucuknya tanpa dikaji dari akar pokok itu sendiri.. Anak-anak kawasan pedalaman seperti saya dahulu memang akan sentiasa ketinggalan dalam bahasa Inggeris kerana tiada guru yang benar-benar menguasai bahasa Inggeris yang mengajar kami.

Umum di Malaysia maklum, semua yang cekap berbahasa Inggeris datang dari bandar yakni guru Melayu bandar,guru India dan guru Cina . Mana mungkin guru-guru yang berasal dari bandar ini berkorban keselesaan hidup untuk masuk dan hidup di kawasan-kawasan jin bertandang itu.Kalau guru Melayu bandar sendiri tak sanggup apatah lagi guru-guru India dan Cina .. Mana mungkin mereka berkorban untuk anak-anak bangsa lain . Hidup pula di kawasan yang bukan dikelilingi adab dan budaya serta cara hidup mereka. Guru -guru Melayu sendiri majoritinya tidak akan selesa mengajar disekolah Tamil @ Cina kecuali terpaksa.. Mana ada yang memohon kesekolah tersebut secara sukarela.

kalau ada pun mesti ada kes-kes istimewa!!!!!! jangan nak menipu ya .. Intergriti perlu sentiasa dijaga.

Anak-anak produk PPSMI sejak 2003 dari sekolah rendah yang saya temui meluahkan ketidakpuasan hati mereka kerana terpaksa belajar semula dalam BM. Saya faham kesulitan mereka. Ianya umpama diri saya yang mahir menguasai BM tetapi berusaha untuk menguasai BI. Setelah berpuashati dan agak mahir( sesuai dengan tahap dan keperluan ) terpaksa pula kembali ke asal. Bahasa Inggeris sebenarnya tidak sukar.. Hanya pengulangan ayat-ayat.

Anak-anak ini sebenarnya tanpa sedar telah menguasai BI tanpa pun mereka sedar!!! Kalaupun mereka belum dapat bertutur sepenuhnya dalam BI, hanyalah kerana tiada ahli keluarga mereka sendiri yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan mereka. Jadi tiada praktikal berbanding anak-anak yang memang berkomunikasi dalam BI dirumah tapi percayalah mereka ini jika disekolah menengah mampu menguasai MATEMATIK dan SAINS dengan jayanya, pasti akan berupaya menjadi saintis dan pakar-pakar hebat malah adalah tidak mustahil rakyat Malaysia akan dapat mencipta roket sendiri pada depan dan tak perlu lagi menumpang aja.

Satu perkara yang saya amat pasti adalahmurid-murid saya mampu mencari maklumat dari Internet sendiri untuk tujuan pembelajaran hanya dengan sedikit bimbingan dan seliaan. Mereka melihat BI hanya perkara mudah walaupun banyak perkataan yang mereka tidak fahami, mereka tahu menyesaikan masalah mudah itu dengan hanya mencari maksudnya juga dengan bantuan internet.Dengan keyakinan ini juga saya pasti murid-murid produk PPSMI ini tidak akan membawa masalah lepak di kafe internet untuk bermain game dan melayari lamanweb lucah sahaja, kerana mereka mampu mencari maklumat yang lebih berguna untuk diri mereka berbanding murid-murid yang tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi cuma pandai menaip perkataan yang lucah!

Atas perkara inilah saya memohon semua pihak melihat pendidikan ini dengan fikiran yang terbuka dan positif. Bahasa Melayu tidak akan hilang dari dunia ini kerana bukan semua akan menjadi pakar Matematik dan Saintis .. Hanya orang bijak sahaja... Kerana bahasa apapun tidak perlukan akal yang hebat ., Ianya cuma pengulangan ayat-ayat yang sama setiap hari tetapi Matematik dan Sains perlukan orang-orang yang hebat akalnya.Percayalah.

Saya mohon janganlah dicampuradukkan politik dalam pendidikan kerana bimbang nanti menang sorak kampung tergadai.Saya yakin walaupun isteri dan anak menantu DR.Mahathir masih tidak bertutup kepala mereka..DR.M masih akan mendapat tempat indah di Syurga kelak kerana idea PPSMI yang disyorkan beliau bukan hanya faktor politik tapi untuk kelangsungan bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment