Thursday, July 16, 2009

FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA 2009




HASLINACHEHAT MENULIS- Tiba-tibanya minggu ini banyak panggilan telefon I terima bertanyakan mengenai lokasi rumah I.Tak sedar pula kami sekeluarga rupanya BANDAR LAGUNA MERBOK popular seluruh Malaysia.


Paling riuh anak-anak I la sebab nampak banyak papan tanda pasal FESTIVAL KEDAH SEJAHTERA yang akan berlangsung dari 22 hingga 28 hb Julai nanti.. Mai la ramai-ramai... Kita tengok apa benda yang menarik dan menjana minda yang ada . Yang pasti setiap masa ,siang dan malam kawasan tapak karnival itu meriah dengan kerja-kerja depa..Kandang binatang pun dah tersedia oleh jabatan veterina...




Paling untung pada pendapat I ialah towkey HPA.Dapat promosi Radix FC percuma ke seluruh negara. Yelah... sebelah aja dengan tapak karnival. Mahunya untung juta-juta sempena karnival ni nanti.Homestay HPA yang ada sampai 20 buah di BANDAR LAGUNA MERBOK ni pun mesti laku punyalah... Seronoknya towkey HPA dan isteri-isterinya . Harap-harap mereka terus kaya raya dan dapat membantu muslim lain tapi mengira parti politik..




Cuma dalam dok tengok suasana meriah tu bimbang juga kami di sini... buatnya lalulintas sesak sepanjang karnival tu nanti, huru-hara kami nanti nak menguruskan aktiviti harian.. harap-harap semuanya tak lah seteruk masa pilihanraya kecil BUKIT SELAMBAU yang lepas. Walaupun cuma sehari tapi macam separuh nyawa melihat situasi kacaubilaunya... Ngeri pun ada bila ada yang terlebih fanatik.

No comments:

Post a Comment