Saturday, July 4, 2009

AIR PANAS ULU LENGGONG














































HASLINACHEHAT MENULIS- Selepas sekeluarga sudah kenyang perut dan selesai solat jumaat... kaki I mula tergaru-garu nak berjalan .. ke mana nak di tuju? Tanya babah... I kata , jom kita jalan-jalan ke Baling.... I ajak anak-anak... ada yang tak nak ikut ,sila duduk di rumah... kalau TOYOL datang, mama tak tau ya...sempat lagi I nyakat.



Anak-anak I sanggup duduk rumah kalau tempat yang nak dituju dirasakan boring... Kita yang jadi ibubapa yang bimbang.Akhirnya semua tak menolak apabila I kata " Air panas tu boleh rebus telur". semua tak sabar nak tengok tempat tu.




Setengah jam perjalanan , si handsome sorang tu mula membebel.." hutan aja , tak dak pun supermarket besar-besar..." I malas nak jawab, sebab penat ngasuh baby.. Tapi sepanjang hutan-hutan tu, banyak juga orang jual durian tapi drebar yang kat depan tu tak nampak terliur pun jadi I malaslah nak suruh berhenti tanya..sampai aja di pekan Baling I ternampak pasaraya LONGWAN....terus I cakap pada anak2," tu ada supermarket besar.Dia punya sengih sampai nampak semua gigi.... keciknya!



Masa sampai sana kebetulan ada sebuah bas rombongan penuh nyonya-nyonya tua nak masuk ke kawasan air panas tersebut.. ramai juga pelawat ya.. Tempat ulu macam tu pun ada orang sampai, kira ok lah .




Jadi, kalau ada yang nak cuba melawat kawasan Baling, dipersilakan ..Anda tak akan kecewa dengan situasi di sini ...Pada I yang pertama kali melawat tempat ni " semuanya OK aja .. tapi semua kena faham ya... I dan keluarga pergi selepas makan , jadi perasaan lapar tidak mempengaruhi penilaian.



Masa dalam kawasan air panas ,I telefon sepupu yang tinggal dan mengajar di Baling, kalau dia ada boleh lah singgah masa nak balik nanti...tapi dia balik rumah ibubapa di Alor Setar... Dia kata " ada orang cakap penyakit hilang selepas berendam manakala ada pula yang kata ,depa dapat penyakit selepas berendam di situ....PULAK!!!!!



Dah tu macam mana ni ... Akhirnya anak-anak I cuma rendam kaki aja ....he.he.. bimbang juga!

















No comments:

Post a Comment