Monday, July 20, 2009

KARNIVAL PRA SEKOLAH DAERAH KUALA MUDA 2009




HASLINACHEHAT MENULIS-HARI KHAMIS,16HB JULAI 2009 telah berlangsung Karnival Pra Sekolah Zon 2, Daerah Kuala Muda di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil (SKSPK) . Anak-anak kecil berusia dalam lingkungan 6 tahun dari seluruh zon 2 Kuala Muda mula berhimpun di Dataran SKSPK sejak pukul 8 pagi lagi... Pagi itu suasana di SKSPK meriah dan ceria.






Guru-guru pra sekolah semuanya komited dan prihatin dengan kerja masing-masing... buktinya, belum apa-apa mereka pastikan anak-anak ini diberi sarapan agar kenyang perut mereka.. barulah senang nak diurus!





Paling gah dalam karnival ini tentunya pentas utama pertandingan .. Usaha dan penat lelah guru bertanggungjawab memang patut dipuji.. Hasilnya pentas yang cantik dengan bajet yang amat ciput.... Harap-harap lain kali kalau ada lagi acara seperti ini nak diadakan ,pihak PPD perlulah pantau dan usahakan sedikit bajet... ini, semuanya dari sekolah yang dipilih sebagai tuan rumah ...mana Aci.





Demikian juga pentas-pentas untuk setiap pertandingan kecil yang lain... guru-guru yang diberi tanggungjawab bijak menyelesaikan masalah walaupun tiada sen yang diperuntukkan walaupun upah minum air... Tabik spring untuk semua guru-guru ini..







yang pasti Guru Besar pasti berpuashati dan bertuah kerana memiliki aset modal insan yang amat bijak bertukar rupa daripada seorang guru biasa menjadi pereka set, kreographer, tukang jahit langsir, tukang cat, pakar landskap dan seribu macam tugas lain yang bukan hakiki..







Itu belum lagi disebut kes angkut langsir dari rumah untuk backdrop... yang bahagian jamuan pula habis dibawanya gelas dan pinggan cantik untuk VIP.. yelah kalau disekolah, pinggan dan cawan plastik kantin ada le...





Paling membanggakan semuanya dilakukan secara percuma tanpa sebarang elaun cuma terpaksa minta halal dari murid-murid di kelas yang terpaksa ditinggalkan kerana guru-guru berlari kesana -sini untuk menyiapkan kerja... Minta halalkan gaji cikgu ya!










1 comment:

  1. Salam ziarah...Tahniah punyai blog sendiri....satu permulaan yang baik.Tp x ada tempat utk nak chat...

    ReplyDelete